4.22.2011

Gambar Telur Ayam Sebesar Duit Syiling (Bukan Telur Tiruan)

Friday, April 22, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Telur yang paling kecil di atas adalah telur ayam. Saiznya sebesar duit syiling 50 pence dan dipercayai telur paling kecil di Britain. Tak pasti pula telur ayam ni telur tiruan atau tidak.




GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.

"Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya.

Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama. - Agensi (Kosmo)



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik