4.22.2011

Gambar Pelancong Bermesra Dengan Paus Gergasi

Friday, April 22, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Ini baru sebahagian dari kepala ikan paus kelabu. Kalau nak tahu besar mana ikan paus ni, tengok gambar seterusnya sampai habis. Pasti anda akan terkejut. Giler berani pelancong-pelancong ni. Sekali paus tu ngap, habis seme ngep.






BANDAR RAYA MEXICO - Para pelancong kini boleh melihat beberapa ekor ikan paus kelabu gergasi seberat 40 tan di barat pantai Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejumlah pelancong dari seluruh dunia bermain dengan sekumpulan keluarga ikan paus tersebut yang tinggal di lagun San Ignacio, Mexico dengan menyentuh lidah dan menggosok badan haiwan tersebut.

Seorang ahli zoologi Mark Carwardine berkata: "Jika anda tidak menggaru dan mengeletek haiwan itu, kumpulan ikan paus tersebut akan mencari sebuah bot lain yang membawa pelancong untuk berbuat demikian."

Pihak berkuasa Mexico menetapkan kawasan yang boleh dilalui bot pelancong untuk melihat ikan paus tersebut yang sebahagian haiwan berkenaan sepanjang 13.71 meter. - Agensi

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik