4.01.2011

Bayar RM9.90 Nikmati Durian Sehingga Puas Di Hentian Bukit Gantang 9/10 April

Friday, April 01, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


Ini berita baik untuk pengemar-pengemar durian atau hantu durian di Malaysia ni. Sila baca berita di bawah dengan perlahan-lahan dan tahan air liur anda.kenyit

IPOH, 1 April (Bernama) -- Dengan hanya membayar RM9.90 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada Pesta Jom Makan Durian anjuran PLUS Expressways Bhd pada 9 dan 10 April ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan di hentian Bukit Gantang arah utara dari 10 pagi hingga 5 petang.

Kanak-kanak bawah tujuh tahun tidak dikenakan bayaran manakala bagi mereka yang hendaklah membeli durian di situ, mereka diberi diskaun 50 peratus, katanya.

Orang ramai juga boleh menyertai pertandingan makan durian, meneka berat dan ulas durian.

Khalilah berkata 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang akan dibawa ke pesta berkenaan yang dianjurkan sejak 2007 sempena musim buah durian di kawasan sekitar Bukit Gantang.

"Ia bertujuan mempromosi buah-buah tempatan di hentian Bukit Gantang sebagai salah satu destinasi penjualan buah-buah tempatan di Lebuhraya PLUS," katanya.

-- BERNAMA

Aduh! Jauh tu nak pergi ke Bukit Gantang dari KL ni. Apsal diorang tak buat kat Restoran Jejantas Sungai Buloh ke. huhu..

kredit gambar : warisan-marzuki.blogspot.com

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik