3.30.2011

Tarian Poco-Poco Haram - Fatwa Negeri Perak

Wednesday, March 30, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:



IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. (Kosmo 30 Mac 2011)


Hukum Tarian Dalam Islam Menurut Pendapat Dr. Yusuf Qoradhawi

  1. Tidak bertentangan dengan adab Islam dan ajarannya. Tarian yang menamppakkan aurat, yang membawa kepada kelalaian, adanya ikhtilat jelas keharamannya. Karena bertentangan dengan perintah Allah Swt.
  2. Memperhatikan bentuk tariannya. Tarian yang membangkitkan syahwat juga dilarang dalam Islam.
  3. Tidak boleh mengiringinya dengan sesuatu yang haram. Seperti meminum khamar, memperlihatkan aurat, memanggil jin dll. Apabila sudah dicampur dengan sesuatu yang haram maka tarian itupun jadi haram.
  4. Tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan. Segala yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dilarang didalam Islam.
  5. Berkenaan dengan yang melihat dan mendengarkan. Setiap orang yang melihat tarian ataupun mendengarkan lagu-lagu sehingga membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan menghilangkan akal sehat wajib dijauhinya.

Garis Panduan Tarian oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

  1. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
  2. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
  3. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
  4. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
  5. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

Sumber : blog Ustaz Nor Amin - Pandangan Ustaz Tentang Hukum Poco-poco

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik