3.10.2011

Li Shenghan, Budak Terumbu Karang dari China

Thursday, March 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Li Shenghan, baru berusia 4 tahun tetapi sudah terlantar di hospitar akibat penyakit ganjil yang dihidapinya. Penyakit ganjil ini ini dikenali sebagai acute manocytic leukemia dimana ia menyebabkan kulit Li Shenghan seperti terumbu karang atau coral.

Punca penyakit ini dipercayai disebabkan oleh pencemaran atau alam sekitar. Doktor yang merawatnya juga memberinya peluang 50-50 untuk Li Shenghan terus hidup walaupun sudah menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi.

Semuanya bermula apabila keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.


Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.

Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.

Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik