3.06.2011

Keputusan Pilihanraya Dun Merlimau & Kerdau

Sunday, March 06, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Hari ini bermulalah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau.

Di DUN Merlimau, Calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44, iaitu Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.

DI DUN Kerdau pula, Naib Ketua Umno bahagian Kuala Krau dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dicabar Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.

Seramai 10,679 pengundi berdaftar akan mengundi di DUN Merlimau, manakala seramai 8,948 pengundi berdaftar akan mengundi di DUN Kerdau.

Difahamkan, keputusan pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau bakal diketahui sekitar pukul 8 malam ini.


Keputusan Terkini Pilihanraya Kecil DUN Kerdau

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan bergaya padapilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi.

BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad berjaya memperoleh 5,060 undi sekaligus menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.


Keputusan Terkini Pilihanraya Kecil DUN Merlimau
Seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad dengan majoriti lebih besar.

Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643 undi.

Roslan, 44, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319 undi.



sumber : mStar Online

1 comments:

relevan said...
Sunday, 06 March, 2011

Undi dengan tenang dan senang hati :)

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik