3.11.2011

Junrey Balawing, Manusia Paling Rendah Di Dunia

Friday, March 11, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Haha..comel jer budak ni opss..remaja ni buat aksi dalam gambar di atas. Jangan tak tau, "budak kecil" di atas sebenarnya sudah berumur 17 tahun!

Junrey Balawing dari wilayah Zamboanga del Norte, Manila bakal dinobatkan lelaki paling rendah di dunia iaitu dengan ketinggian cuma 55.9 sentimeter (sm). Junrey bakal mencatas rekod Khagendra Thapa Magar iaitu pemegang rekod lelaki terendah di dunia setakat ini dengan ketinggian 60.96sm.





Remaja itu masih berusaha untuk berjalan dengan normal kerana dia sukar berdiri dalam tempoh yang lama.

"jika saya merupakan lelaki paling kecil di dunia, ia akan menjadi sesuatu yang amat hebat," katanya.

Junrey bagaimanapun bangga apabila bercakap tentang ketinggiannya bakal mencatat rekod dunia

Remaja itu tinggal di rumah bersama ibunya, Concepcion semasa tiga adik beradiknya, Jaycel, 13, Jay-art, 11 dan Jeanritch, 6 pergi ke sekolah.

Menurut Concepcion, 35, anaknya itu memerlukan perhatian setiap hari kerana dia hanya boleh berjalan dengan bantuan orang lain seperti bapanya, Reynaldo, 37.

Bapanya itu merupakan seorang tukang besi dan jarang berada di rumah atas urusan kerja.

Concepcion hanya menyedari tentang pembesaran anak lelakinya yang terbantut semasa umurnya hampir dua tahun.

"Dia (Junrey) selalu sakit dan kami perasan dia tidak membesar. Justeru, kami membawa dia menemui doktor dan malangnya doktor tidak boleh melakukan apa-apa," jelasnya.

Menurut Concepcion, apabila Junrey meningkat umur 12 tahun, doktor yang sama menyarankan mereka untuk memberi vitamin kepada anaknya.

Namun, mereka tidak berkemampuan untuk membeli vitamin.

"Walaupun Junrey bersaiz kecil, dia masih mempunyai selera makan seperti dia memakan kepingan roti dan jagung," ujarnya yang masih menyimpan sijil kelahiran anaknya yang dibuktikan lahir pada tahun 1993. - Kosmo


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik