3.14.2011

Ilustrasi Karikatur Berita Harian Yang Mencetuskan Kontroversi

Monday, March 14, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:



Inilah illustrasi atau karikatur dari Zoy yang dipaparkan di berita harian yang menimbulkan kontroversi. Karikatur tersebut menunjukkan Ultraman yang sinonim dengan negara Jepun melarikan diri dari tsunami. Orang ramai menganggap dengan penyebaran karikatur tersebut, Berita Harian tidak sensitif dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Jepun.

Karikatur tersebut turut tersebar di CNN iReport.


Bagaimanapun, menyedari akan hal tersebut, Berita Harian telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.


Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik