2.11.2011

Pelakon Nasha Aziz Kena Samun

Friday, February 11, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Pelakon Nasha Aziz disamun RM40,000 oleh dua lelaki bermotosikal. Kejadian berlaku sekitar pukul 3.23 petang di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Difahamkan, Nasha baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun. Kemudian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.

"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam. - Kosmo

Haih..semakin berani penyamun-penyamun sekarang ni. Nak keluar duit ribu-riban dari ATM lepas ni kena berhati-hati.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik