1.28.2011

Volkswagen XL1 Super Efficient Vehicle Kereta Jimat Minyak

Friday, January 28, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


XL1 Super Efficient Vehicle keluaran Volkswagen yang dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Qatar ini dikatakan kereta paling jimat minyak di dunia. Kereta ini menggunakan minyak diesel sebanyak 3.78 liter untuk bergerak sejauh 504 kilometer.

Walaupun jimat minyak, XL1 Super Efficient Vehicle mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 159 kilometer sejam (km/j).

Menggunakan enjin diesel TDI dua silinder bersesaran 800cc yang disambungkan dengan satu motor elektrik.

Kereta kompak dua tempat duduk itu hanya seberat 795 kilogram dan dibina menggunakan polimer gentian karbon yang diperkuatkan. Bagi mengurangkan beratnya, XL1 menggunakan material yang ringan seperti magnesium pada rodanya, brek cakera seramik dan aluminium untuk komponen penyerap hentak, sistem stereng serta angkup brek.

Kereta XL1 Super Efficient Vehicle dijangka memasuki pasaran pada tahun 2013 dengan harga yang berpatutan.

Lagi gambar XL1 Super Efficient Vehicle...











1 comments:

AZANI said...
Friday, 28 January, 2011

salam PB
bila pula kereta jimat minyak dan jimat harga seta laju dan berkuasa akan dikeluarkan...

kalau ada nak booking satu..he he

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik