1.06.2011

Trailer & Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Thursday, January 06, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


Filem Karak arahan Yusry Abd Halim (Yusry KRU) menghimpunkan kisah seram dan hantu ‘urban legend’ menarik pada era 80-an, 90-an dan tahun 2000 yang menjadi buah mulut orang ketika itu.

Filem Karak juga berdasarkan kisah benar yang dialami oleh abang Yusry iaitu Norman yang hampir-hampir kemalangan kerana ternampak hantu

Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Trailer Filem Karak - Laluan Puaka



p/s : Tak pasti pula bila filem Karak ni akan ditayangkan.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik