1.08.2011

Misteri Bangkai Cicak Dalam Kicap Pekat Terjawab ?

Saturday, January 08, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Baru-baru ini kecoh apabila akhbar Kosmo melaporkan tentang seorang surirumah yang menjumpai bangkai cicak dalam kicap soya pekat yang digunakannya.




Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng. sambung >



Pendedahan tersebut tentunya mengejutkan semua pihak terutamanya pengeluar kicap tersebut dan juga pengguna yang biasa menggunakan jenama kicap tersebut.

Susulan dengan pendedahan laporan tersebut, syarikat pengeluar kicap tersebut telah menjalankan ujikaji bagi membuktikan adakah cicak itu datang dari kilang mereka semasa proses pembuatan atau sebenarnya cicak itu datang dari rumah surirumah tersebut akibat kecuaian sendiri.

Tidak adil rasanya jika kita mendengar laporan dari sebelah pihak sahaja, kita juga patut mendengar laporan dari pihak pengeluar kan.



Jika anda berminat untuk mengetahui hasil ujikaji tersebut, bolehlah ke blog Maslina Zainal Abidin, Eksekutif Pemasaran Kong Guan Sauce & Food Mfg Co Sdn Bhd. Tapi sebelum anda membaca hasil ujikaji tersebut, ingin aku bagitau terdapat gambar-gambar yang mungkin akan membuatkan anda loya atau menganggu selera anda. read at your own risk. sengihnampakgigi Keputusan hasil ujikaji tersebut menjelaskan keadaan sebenarnya.





3 comments:

lindosh said...
Saturday, 08 January, 2011

tengok fizikal cicak pon tau tu cicak baru mati. kalo dalam botol sah2 dah reput tinggal rangka. renung renungkan.

aduh sila tutup muka pada yg pegi report kat sotkaba tu

rafie said...
Saturday, 08 January, 2011

nice sharing.
trima kasih ye. =)

Anonymous said...
Thursday, 13 January, 2011

nape yang surat khabar sekarang tak menilai moral of story sebelum publish

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik