(Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa)
7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.
calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.
Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.
Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.
6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.
Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.
6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365
6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.
6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.
6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90
6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.
6.10pm: Undi pos (tak rasmi): BN - 115, PAS - 3, rosak - 1
6.05pm: Tak rasmi: BN - 115, PAS - 3
Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Seramai 14,753 pengundi berdaftar yang layak mengundi di DUN Tenang. Sehingga pukul 1 petang tadi, peratusan keluar megundi di N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ialah 55.36 peratus atau 8,167 orang.

Keputusan penuh pilihan raya kecil DUN Tenang dijangka akan diumumkan oleh SPR sekitar pukul 8 malam nanti.
sumber : malaysiakini.com & mStar Online
1 comments:
Sunday, 30 January, 2011
salam PB
kita tunggu pukul lapan..
Post a Comment