1.17.2011

Gambar Perodua Bezza, Bakal Dikomersialkan

Monday, January 17, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Inilah rupa Perodua Bezza yang dipamerkan ketika Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu. Difahamkan, Perodua sedang fokus pada model Bezza ini untuk dikomersialkan.

Tak dapat bayangkan, camne kalu kereta Bezza ini betul-betul berada di atas jalanraya kat Malaysia ni. Tentu rasa macam kita berada di alam futuristik. :D






sumber gambar : paultan.org


RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.

Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.

Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.

Antara persoalannya ialah adakah kenderaan yang direka dengan kepakaran tempatan itu akan direalisasikan menjadi salah satu barisan model keluarannya atau ia akan hanya terus kekal menjadi kereta konsep semata-mata.

Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar kecil), syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap model kereta tersebut tetapi pihaknya perlu membuat kajian yang mendalam mengenainya terlebih dahulu selain menerima maklum balas daripada pengguna. - Kosmo


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik