1.09.2011

Blogger Aduka Taruna Kena Belasah?

Sunday, January 09, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Masih ingatkah anda dengan blogger kontroversi Aduka Taruna. Tahun lepas blogger ini bikin panas dengan menulis artikel yang menghina institusi kesultanan Johor.

Terbaru, blogger Aduka Taruna mendakwa dipukul oleh seorang lelaki ketika dia cuba untuk menemubual Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan Masjid Rusila, Marang.

Difahamkan, lelaki itu merentap bajunya kerana tidak puas hati dengan tindakan Aduka Taruna yang menghalang laluan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.

AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.

Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis. - Kosmo

1 comments:

Mknace said...
Sunday, 09 January, 2011

:):):)
tak tau la kan apa cerita sebenar
terbaeekkk!!!!

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik