12.30.2011

Awas! Pengguna Lebuhraya Karak Sila Baca Mesej Ini

Friday, December 30, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Cuti tahun baru dan cuti Tahun Baru Cina semakin dekat. Tentu ramai yang mengambil peluang bercuti balik ke kampung. Dan sudah tentu ramai yang akan melalalui Lebuhraya Karak jika bercuti ke sebelah timur.



Tapi sejak dua menjak ni banyak kejadian kemalangan jalanraya berlaku di lebuhraya Karak.

Menurut laman ondscene.my, berdasarkan permerhatiannya yang membuat liputan kemalangan di Lebuhraya Karak, hasil maklumat yang dikumpul dari kemalangan-kemalangan di Lebuhraya Karak, amat mengejutkan. Kejadian kemalangan seperti sengaja dirancang oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Berikut petikan dari laman ondscene.my



Dalam tempoh 2 hari lalu, lebih 1o kemalangan jalanraya berlaku di laluan Lebuhraya Karak yang kebanyakannya membabitkan kejadian di laluan paling kanan.Jangan terkejut, kerana dari maklumat yang saya kumpulkan, kemalangan kelihatan seolah-olah sengaja dirancang pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Serpihan. ketulan besi diantara penyebab kemalangan ini yang boleh menyebabkan tayar kenderaan anda pecah dan juga anda hilang kawalan lalu terjadinya kemalangan.

Kejadian kebanyakannya dilaporkan berlaku di waktu malam. - ondscene.my


Amat mengejutkan bukan. Di sini timbul persoalan, pihak berkuasa tempatan atau pihak penyelenggara Lebuhraya Karak tidak ambil tindakan sewajarnya kah bagi membendung perbuatan khianat ini?

Aku merupakan salah seorang pengguna Karak setiap kali balik ke Terengganu. Moga kita sentiasa berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya ini dan dijauhkan dari kejadian yang tidak diingini.




Baca seterusnya...

Video Lamaran Pengasas Nuffnang, Timothy Tiah Sentuh Perasaan Selebriti AS

Friday, December 30, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Blogger yang berdaftar dengan Nuffnang tentu kenal dengan nama Timothy Tiah. Jika tak kenal aku tak tau la. Timothy Tiah adalah pengasas Nuffnang bersama dengan seorang lagi kawannya.

Hampir sebulan lepas, Timothy Tiah telah melamar kekasihnya, Audrey Ooi. Detik-detik lamaran itu telah dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan. Kemudian video tersebut telah dimuatnaik di Youtube. Tanpa disangka video lamaran tersebut menjadi hit dan ditonton hampir 4 juta kali.Sehinggakan video tersebut telah menyentuh perasaan selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.




KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.

Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi (Kosmo)






Baca seterusnya...

12.28.2011

(Video) Seorang Kanak-Kanak Cedera Diserang Siamang Zoo Melaka

Wednesday, December 28, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
MELAKA TENGAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun parah pada betis kanan selepas diserang seekor siamang dipercayai seberat 38 kilogram ketika sedang bersiar-siar bersama keluarganya di Zoo Melaka, Ayer Keroh, dekat sini, petang kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Muhammad Afiq Haziq Kamarul, terpaksa menjalani pembedahan selama kira-kira tiga jam di Hospital Melaka (HM), selepas betisnya dilaporkan hampir hancur digigit haiwan itu.

Ketika dikunjungi di Hospital Melaka petang semalam, anak keenam daripada tujuh beradik berasal dari Klang, Selangor ini, dilihat masih lemah dan seolah-olah dalam ketakutan.


Ibunya, Anita Sulaiman, 36, berkata beliau sekeluarga tidak menyangka berdepan detik paling mencemaskan kerana menganggap haiwan di zoo terbabit jinak dan tidak membahayakan kerana dibiar bebas di kawasan laluan pengunjung.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga sedang berjalan untuk melihat kawasan menempatkan burung dan tidak bercadang melihat siamang atau nama saintifiknya hylobates syndactalus.

“Dalam sekelip mata, sekumpulan pengunjung berhampiran haiwan itu kelihatan bertempiaran lari dan berteriak meminta tolong dan tidak lama selepas itu, haiwan ini meluru ke arah Muhammad Afiq dan menyerangnya.

“Saya menjerit terkejut dan suami yang awalnya tidak menyedari kejadian itu bertindak pantas memegang kepala haiwan itu tetapi ia tetap tidak melepaskan gigitan pada kaki Muhammad Afiq.

“Gigitan itu hanya dilepaskan selepas seorang pengunjung berhampiran menendang perut haiwan itu,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak HM, petang semalam.

Anita yang datang ke negeri ini bagi menghadiri majlis kenduri kakaknya di Semabok berkata, beliau dan suaminya membawa Muhammad Afiq ke pejabat Zoo Melaka untuk mendapatkan bantuan rawatan, sebelum diarah membawa mangsa ke klinik kesihatan tetapi kes itu dirujuk ke HM kerana kecederaan dialami serius.

“Anak saya dibedah bermula jam 9 pagi tadi (semalam) dan selesai tiga jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Zoo Melaka, Masri Mohd Arop dalam kenyataan media kepada Berita Harian petang semalam, memohon maaf kepada keluarga mangsa atas kejadian itu.

“Zoo Melaka turut bersedih dengan kejadian menimpa Muhammad Afiq dan bersedia membantu termasuk menanggung kos rawatannya,” katanya.

Masri berkata, ini kejadian pertama berlaku di Zoo Melaka dan siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti puncanya, manakala haiwan itu sudah ditangkap dan diasingkan untuk kuarantin. - Berita Harian

Video kanak-kanak tersebut diserang Siamang di Zoo Melaka.






Laporan susulan selepas kejadian tersebut.

MELAKA: Siamang yang menyerang dua kanak-kanak di Zoo Melaka kelmarin, sudah ditangkap dan dikuarantin pihak zoo sebagai langkah keselamatan.

Pengarah Zoo Melaka, Ahmad Azhar Mohammed berkata langkah itu prosedur lazim pihaknya bagi mengelak haiwan berkenaan terus mengganas dan menyerang pengunjung.

Katanya, kejadian serangan siamang terhadap manusia adalah pertama kali berlaku sejak Zoo Melaka ditubuhkan pada 1963 dan pihaknya amat terperanjat dan dukacita dengan kejadian itu.

“Sebenarnya insiden seperti ini tidak pernah berlaku di Zoo Melaka. Bukan tabiat siamang menyerang manusia. Saya berpendapat mungkin berlaku provokasi oleh manusia hingga menyebabkan tekanan dan ia terkejut lalu bertindak balas menyerang manusia,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siamang yang kini berjumlah enam ekor di Zoo Melaka, tidak diletakkan di dalam sangkar besi sebaliknya ditempatkan di habitat berbentuk pulau dikelilingi air kolam buatan.

Katanya, sifat semula jadi siamang dan ungka tidak boleh berenang dan tidak suka kepada air menyebabkan ia jarang keluar dari habitatnya itu.

“Siamang adalah haiwan yang amat menjaga sempadan habitatnya dan bergerak dalam koloni tertentu mengandungi ibu dan anak serta tidak boleh diletakkan dalam koloni yang banyak spesis jantan kerana ia akan bergaduh,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Azhar berkata pihaknya membantu meringankan beban keluarga mangsa dengan memperuntukkan polisi insurans tanggungan awam kepada setiap pelawat.

“Zoo Melaka amat dukacita dengan kejadian itu (serangan) dan memohon maaf. Ini adalah kejadian pertama di zoo ini.

“Pihak kami akan menyiasat secara terperinci mengenai kejadian ini dengan mendapatkan kerjasama pakar berkaitan di negara ini.

“Saya difahamkan ketika kejadian ada petugas zoo di kawasan berhampiran di kandang landak selain penyelia dan mereka segera memberi bantuan apabila mengesan kedudukan mangsa,” katanya. - Harian Metro




Baca seterusnya...

12.25.2011

Facebook Timeline Yang Kreatif & Gempak

Sunday, December 25, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tidak lama lagi semua pemilik akaun Facebook akan menerima ciri-ciri baru profile Facebook iaitu Facebook Timeline. Ciri-ciri Facebook Timeline ini akan menjadikan layout ruangan profile anda 100 peratus lain dari sebelum ini. Semua aktiviti anda daripada mula-mula daftar facebook hinggalah sekarang akan mudah dilihat oleh semua kekawan Facebook anda. Jadi sebelum Facebook Timeline ini akan berfungsi sepenuhnya ke atas semua akaun, baik anda semak dulu aktiviti-aktiviti anda yang lampau agar tidak ada yang menimbulkan kesulitan di kemudian hari.

Salah satu ciri-ciri yang menarik Facebook Timeline ni adalah rekabentuk layout nyer yang mempunyai header (cover). Jika anda seorang yang kreatif atau tiada idea untuk menjadi kreatif, contoh-contoh Facebook Timeline di bawah mungkin dapat memberikan idea.













sumber : hongkiat.com

Baca seterusnya...

(Video) Askar China Nyaris Bom Diri Sendiri Ketika Latihan

Sunday, December 25, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

spnKiX - Kasut Beroda Berkuasa Bateri, Selesai Masalah Kesesakkan ?

Sunday, December 25, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Kasut beroda yang berekabentuk futuristik ini dinamakan spnKiX. Ia bukan sebarangan kasut roda, tapi kasut roda spnKiX ini menggunakan kuasa bateri yang boleh di caj semula dan kelajuannya boleh mencapai 10mph! Pengerakannya pula dikawal menggunakan satu alat kecil yang berada di tangan pemakai secara tanpa wayar (wireless).


Lelaki inilah yang mencipta spnKiX. Peter Treadway namanya. Peter Treadway berkata, dia mendapat idea mencipta spnKix ini 5 tahun dahulu setelah tidak tahan lagi dan tension setiap kali mencari ruang parking untuk keretanya.

Peter, from Los Angeles, California, said: 'The idea just came to me one day when I was looking for a parking space in order to get some lunch.

'After driving around for half an hour I couldn't find one so had to drive back home instead.

'That got me thinking about a mode of transport that you could use and then carry afterwards, thus spnKiX was born.

Aku pernah jugalah terfikir nak buat macam Peter ni buat, tapi setakat fikir je la. Lepas dah dapat parking kereta, idea tu hilang begitu saje. Lagipun aku tahu,nanti mesti ada orang yang akan cipta apa yang aku terfikir tu. hehe

Difahamkan, spnKiX ini akan dipasarkan mulai Februari 2012. Kalau harganya murah, aku pun sambar satu.. :P












sumber : Daily Mail




Baca seterusnya...

12.24.2011

Wow! Mana Nak Cari Set Meja Tulis Se Kreatif Ini ?

Saturday, December 24, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekali pandang nampak macam rak almari buku atau kasut yang biasa kita lihat. Tetapi percaya atau tidak perabot yang adan lihat dalam gambar di atas terdiri dari satu meja tulis, 2 buah kerusi dan rak almari. Tak percaya? Tengok gambar dan video dengan baca seterunsya.












Baca seterusnya...

12.23.2011

(Video) Penjaga Gol Kung Fu Penyokong, Dilayangkan Kad Merah

Friday, December 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Jangan ingat penjaga gol hanya pandai menangkap bola semata-mata, mereka juga pandai berkung fu... ketika dalam perlawanan !


See! Dah macam babak dalam filem Shaolin Soccer dah aku tengok. hehe

Sebenarnya, semuanya bermula apabila salah seorang penyokong Ajax tiba-tiba masuk ke dalam padang dan berlari menuju ke arah penjaga gol AZ Alkmaar, Esteban Alvarado untuk menyerang penjaga gol tersebut.

Namun, belum sempat penyokong mabuk itu menyerang Esteban, dia terlebih dulu di diberi tendangan kung fu dari Esteban. Seperti dirasuk, Esteban membelasah secara bertubi-tubi ke atas penyokong itu yang sudah terlentang di atas padang. Nasib baik ada seseorang datang meleraikannya dan kemudian barulah pemain-pemain yang lain datang menteteramkan keadaan.



Akibat daripada insiden tersebut, pengadil melayangkan kad merah kepada penjaga gol tersebut dan seterusnya menimbulkan lagi kemarahan pemain dan jurulatih AZ Alkmaar.

Permainan terpaksa dihentikan kerana pasukan AZ Alkmaar tidak mahu meneruskan perlawanan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad merah.

Saksikan video penjaga gol Esteban Alvarado berkung fu dengan baca seterusnya..


















Baca seterusnya...

12.22.2011

(Video) Ngeri! Wanita Mabuk Terjatuh Atas Landasan, Hampir Dilanggar Tren

Thursday, December 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

Rory McIlroy Main Golf di Atas Hotel Burj Al Arab

Thursday, December 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Rory McIlroy, pemain golf no 3 dunia dan juga juara Terbuka U.S tampil dalam satu iklan Jumeirah yang mana memaparkan Rory McIlroy bermain golf di kawasan helipad di atas Hotel Burj Al-Arab.

Agak-agaknya bola golf tu jatuh ke mana yer. Buatnya masa tu ada kapal lalu ke, habis karam dibuatnya.hehe

Lagi gambar dan video dengan baca seterusnya. Huhu... giler gayat...


















Baca seterusnya...

(Video) Jaringan Gol Paling Cantik Tapi Gol Sendiri Aaa..

Thursday, December 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Baca seterusnya...

(Video) Bosan Makan Roti Bakar ? Idea Nathan Wyburn Mungkin Boleh Ditiru

Thursday, December 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Setiap pagi makan roti bakar memang kekadang mengundang kebosanan kan. Apa kata kita tiru idea mamat di bawah ni.


Ini Nathan Wyburn bersama roti, toaster dan jem Marmite. Banyak betul roti yang nak dibakarkan. Boleh ke dia habiskan kesemuanya tu? Memang boleh habis jika kegunaan roti tersebut bukan untuk di makan tapi...




Ya...untuk dijadikan seni lukisan. Inilah kerja kreatif Nathan Wyburn. Orang lain buat roti bakar, lepas tu makan. Dia pulak buat roti bakar lepas tu hasilkan karya seni. Kreatif! Guna roti bakar dan jem Marmite jer tu...

Lagi hasil seni roti bakar Nathan Wyburn dan tonton video dengan baca seterusnya.






















Baca seterusnya...

Mata Wang Siri Baharu Malaysia

Thursday, December 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011. Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.


Apa yang paling menarik, wang kertas RM20 diperkenalkan semula dan belakangnya ada gambar penyu. Kalau wang kertas RM20 ni kaler biru kan bagus, baru gambar penyu tu jadi biru. penyubiru. hehe..


Denominasi Ikon
RM100 Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
RM50 Kelapa Sawit dan Bioteknologi
RM20 Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10 Rafflesia
RM5 Burung Enggang Badak
RM1 Wau Bulan




Wang kertas siri baharu Malaysia ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:

  • Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
  • Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
  • Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.


Lagi maklumat lanjut berkenaan wang kertas dan wang syiling baru di laman Bank Negara Malaysia.


Baca seterusnya...

12.21.2011

(Video) Apabila Sesumpah Main Games Ant Smasher Pada Android Tablet

Wednesday, December 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bagi pengguna Android dan iOS (Apple), tentu sudah biasa bermain games Ant Smasher. Games di mana memerlukan pemain memenyek semut yang keluar pada skrin smartphone / tablet anda. Lagi banyak semut yang dapat dipenyek, lagi tinggi la skor anda. Permainan games ni amat simple, dan tidak mustahil binatang seperti sesumpah pun boleh main.


Menariknya, instead of pakai jari, sesumpah gunakan lidahnya untuk memenyek semut tersebut. Jika difikir secara logik, sesumpah tersebut tentu menyangka ianya adalah semut yang betul dan cuba memakannya. Sebab tu nampak seperti setiap kali sesumpah tu memenyek semut dengan lidahnya, dan memasukkan lidahnya ke dalam mulut, kelihatan sesumpah itu menelan sesuatu.

Saksikan video sesumpah bermain games Ant Smasher pada Android Tablet dengan baca seterusnya.






Baca seterusnya...

12.20.2011

Only In Malaysia

Tuesday, December 20, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:













Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik