12.04.2010

Pensyarah Implan Kamera Di Belakang Kepala Untuk Projek "The 3rd I"

Saturday, December 04, 2010 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda jangan terkejut jika berselisih dengan lelaki ini yang memiliki kamera di belakang kepalanya. Lelaki ini, Wafaa Bilal bukan manusia bionik atau robocop tetapi merupakan seorang pensyarah dari New York University dan dilahirkan di Iraq.

Wafaa Bilal sebenarnya sedang menjalankan projek seni bernama "The 3rd I". Di mana projek The 3rd I ini memerlukan dia meletakkan kamera di belakang kepalanya itu selama setahun. Dan setiap minit, kamera itu akan merakam apa yang berlaku di belakangnya. Tengah mandi ke, tengah buang air ke, tengah jalan-jalan ke, malah tengah buat "projek" pun, kamera tersebut akan merakam. Manakala gambar rakaman tersebut akan di sebarkan kepada umum dan juga turut di hantar ke Mathaf: Arab Museum of Modern Art.




Sejenis plat dari titanium diletakkan di belakang kepalanya. Plat titanium tersebut digunakan sebagai tapak untuk diletakkan kamera. Maknanya, kamera boleh ditanggalkan tetapi plat titanium itu akan kekal selama setahun. Semua ini dilakukan atas nama seni.

lagi gambar...







sumber : daily mail

Baca seterusnya...

ChurpChurp | Social Share » AirAsiaX New Zealand (Preview)

Saturday, December 04, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
ChurpChurp | Social Share » AirAsiaX New Zealand (Preview)


Baca seterusnya...

Jonathan Trappe Terbang Dengan Belon Macam Dalam Filem Up

Saturday, December 04, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pernah tengok filem animasi Up? Di mana seorang warga tua menerbangkan rumahnya dengan beribu-ribu belon helium. Dalam filem animasi tersebut, mungkin ianya tidak akan berlaku dalam dunia nyata, tapi jika untuk menerbangkan seorang manusia, Jonathan Trappe membuktikan yang ianya boleh.



Difahamkan, belon helium yang digunakan bukan belon biasa yang terdapat di pasaran atau ketika majlis harijadi, tapi belon khas yang tahan lasak dan tidak mudah pecah pada tekanan tinggi.

Lagi gambar...





Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jonathan Trappe terbang ke udara hanya dengan menggunakan puluhan belon helium, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia yang berusia 37 tahun terbang pada ketinggian 5,486 meter.

Belon helium selalu menjadi permainan kanak-kanak dan menghiasi dewan pesta.

Trappe berlepas dengan duduk di bangku yang ditarik oleh belon helium itu dari Leon ke Colorado sejauh 160 kilometer pada awal bulan ini.

Lelaki itu melakukan penerbangan itu pada Festival Del Globo.

Trappe mengawal ketinggiannya dengan melepaskan udara pada belonnya dengan kadar kelajuan antara 28.79 kilometer hingga 80.47 kilometer sejam.

Ketika menyeberangi gurun dan gunung-ganang, Trappe melindungi dirinya dari ketinggian dan pancaran cahaya matahari dengan menggunakan bekalan oksigen dan memakai cermin mata hitam.

"Ini merupakan satu penerbangan belon yang benar-benar luar biasa.

"Saya amat teruja dengannya," katanya. - Agensi




Baca seterusnya...

Gambar Proton Pahlawan - Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir dan Kasturi

Saturday, December 04, 2010 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Proton memperkenalkan kereta konsep terbaru mereka iaitu Proton Pahlawan kepada umum di Kuala Lumpur International Motor Show '10 (KLIMS '10) yang sedang berlangsung di PWTC KL. Kereta konsep Proton Pahlawan tersebut terdiri dari 5 model kereta dan di beri nama semperna nama 5 sekawan pahlawan Melaka yang terkenal iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu & Kasturi.

Proton Tuah






Proton Lekiu


Proton Lekir


Proton Kasturi



Proton Jebat





Baca seterusnya...

12.03.2010

Gambar Proton Jebat (Inspira Versi Evo)

Friday, December 03, 2010 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Proton Inspira Versi Evo atau Proton Jebat ini pertama kali dipamerkan di KLIMS. Mantap bukan! Walaupun Proton Jebat ini ditampilkan sebagai kereta konsep, jika ia dijual di pasaran, tentu ramai yang berminat tuk memilikinya.
lagi gambar Proton Jebat..















sumber : paultan.org



Baca seterusnya...

Harga petrol RON95 , gula , diesel & gas LPG Naik Lagi Berkuatkuasa 4 Dis 2010

Dalam Buletin Utama tadi, diumumkan yang harga Petrol RON 95, diesel, gas LPG dan gula naik berkuatkuasa tengah malam ini 12.01 pagi 4 Disember 2010.

Petrol RON95 naik 5 sen dari RM1.85 ke RM1.90, harga diesel pula dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.


Menurut Datuk Idris Jala yang mengumumkan kenaikan tersebut, kenaikan ini tidak membebankan rakyat. huhu.. nangih


p/s : Hari tu cakap RON95 tiada kenaikan sehingga tahun ni.

Baca seterusnya...

12.01.2010

Tukang Rumah Tertembak Mulutnya Sendiri Dengan Senapang Paku

Wednesday, December 01, 2010 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Lelaki ini bernama Victor Benavidez, seorang tukang rumah. Ditangannya itu adalah senapang paku atau nail gun, digunakan untuk memaku kayu dengan hanya menembak paku tersebut. Dulu-dulu tukang rumah pakai tukul untuk memaku kayu, tapi sekarang sudah ada senapang paku dan tidak perlu tukul.

Cuba anda bayangkan jika senapang paku itu tertembak ke dalam mulut anda. Ngeri bukan? Kayu pun boleh tembus inikan pula mulut anda. Boleh membawa maut tu.

Percaya atau tidak, Victor secara tak sengaja telah tertembak senapang paku tersebut ke dalam mulutnya. Tak percaya, tengok gambar di bawah.


Nampak tak ada paku yang tertusuk di atas lelangit mulutnya. Tak nampak? Kita tengok pula dalam versi x-tray.


Nampak tak? Panjang betul paku tersebut. Menurut doktor yang merawatnya, paku itu hampir beberapa milimeter lagi hendak mengenai otak Victor. Jika tidak, huhu...

Victor bernasib baik kerana masih hidup dan tidak serik untuk bekerja dengan senapang pakunya itu.



Baca seterusnya...

Gambar Proton Saga R3

Wednesday, December 01, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Inilah rupa Proton Saga R3 yang dipamerkan di Ekspo Motor Thailand 2010 (2010 Thailand Motor Expo). Bagaimanapun, tidak banyak maklumat tentang bila Proton Saga R3 ini akan dilancarkan dan seterusnya dijual di Malaysia. Mungkin Proton Saga R3 ini masih diperingkat kereta konsep dan R & D.










sumber : paultan.org

Baca seterusnya...

11.29.2010

Apabila Kucing Suka Berfesyen

Monday, November 29, 2010 by MR Penyubiru · 4 comments Baca seterusnya!
Labels:











Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik