11.26.2010

Video CCTV Kereta Dirampas Penjenayah Di Stesen Minyak

Friday, November 26, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Kejadian ngeri dan mencemaskan ini berlaku di sebuah stesen minyak di Kansas City. Aksi penjenayah merampas kereta seorang pasangan suami isteri dan suami isteri itu bergayut pada kereta tersebut semata-mata untuk menyelamatkan bayi mereka yang berumur 6 bulan berjaya dirakam CCTV yang terletak di stesen minyak tersebut.

Bagaimanapun, si suami berjaya masuk ke dalam kereta tersebut melalui tingkap kereta dan membelasah penjenayah tersebut. Akibat pergelutan tersebut kereta itu terbabas. Penjenayah itu melarikan diri dan bayi itu berjaya diselamatkan.

Saksikan video tersebut..








Baca seterusnya...

11.25.2010

Harga Parking Di Mid Valley Berkuatkuasa 1 Nov 2010

Thursday, November 25, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berikut adalah harga parking terbaru di Mid Valley berkuatkuasa 1 November 2010 :-

Hari Biasa
3 jam pertama RM2. 1 jam berikutnya RM1

Hari minggu / cuti awam
3 jam pertama RM3. 1 jam berikutnya RM1

Tiada caj maksimum. (damn!) (Sebelum ini ada caj maksimum iaitu RM7)


sumber : blog sumijelly manis (thanks)



Baca seterusnya...

The Shard - Bakal Menjadi Bangunan Tertinggi Di Britain

Thursday, November 25, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bangunan yang diberi nama The Shard ini bakal menjadi bangunan tertinggi di Britain apabila siap pada tahun 2012 nanti dan seterusnya mengalahkan bangunan One Canada Square atau Canary Wharf.

The Shard bakal dibina dengan ketinggian mencecah 310 meter. Rekabentuk The Shard adalah seperti piramid dan dicipta oleh arkitek Itali, Renzo Piano. (Aku tak pasti adakah Renzo turut juga mencipta piano)


Inilah rupa The Shard apabila siap kelak.








Baca seterusnya...

Lagu Tema Awan Dania 3 - Ilusi - Adira AF8

Thursday, November 25, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Klip Video Lagu Tema Awan Dania 3 - Ilusi - Adira AF8






Lirik Lagu Tema Awan Dania 3 - Ilusi - Adira AF8
rasa suasana riang berdua
saat ku kau lupakan saja
menari di minda hingga terleka
beralih ke alam yang nyata

tersentuh bagai dicabut beribu batu
bebas sayap ku
pabila bercinta dan dicinta
cari cinta, cinta mega
biar cinta jadi fenomena
sukar aku, panahan mu..panahanku
hak milik mu, biar panah ku terus di situ

inilah petanda telah bermula
ilusi baru dalam skesta
memenuhi masa dengan ceria
bagai ledakan supernova


tersentuh bagai dicabut
bebas sayap ku
pabila bercinta dan dicinta
cari cinta, cinta mega
biar cinta jadi fenomena
sukar aku, panahan mu..panahanku
hak milik mu, biar panah ku terus di situ

ilusi..biar ia jadikannya realiti
aku menyanyi…
biar diriku mencapai rentak infiniti yang tinggi

tersentuh
bebas sayap ku
pabila bercinta dan dicinta
cari cinta, cinta mega
biar cinta jadi fenomena
sukar aku, panahan mu..panahanku
hak milik mu, biar panah ku terus di situ






Baca seterusnya...

Hoki Sukan Asia (Akhir) - Malaysia 0 - 2 Pakistan

Thursday, November 25, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Skuad hoki lelaki Malaysia tidak berjaya mencipta sejarah menangi pingat emas apabila tewas kepada Pakistan 2-0 sebentar tadi.

Walaubagaimanpun, tahniah buat skuad hoki Malaysia kerana berjaya mencipta sejarah ke peringkat akhir.

GUANGZHOU, China 25 Nov. - Skuad hoki lelaki negara sekadar berpuas hati untuk pingat perak setelah kecundang 0-2 kepada Pakistan pada saingan akhir Sukan Asia Guangzhou XVI.

Pada perlawanan yang tamat sebentar tadi, gol Pakistan dijaringkan oleh Sohail Abbas pada minit ke-26 dan Rehan Butt pada minit ke-38 - Utusan



Baca seterusnya...

Nak Ke Pasar, Naik Skuter Lagi Laju Dari Bas

Thursday, November 25, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

Jom Main Snuker

Thursday, November 25, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

11.24.2010

Vivian Wheeler, Seorang Ibu Yang Mempunyai Janggut

Wednesday, November 24, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika sekali lihat, Vivian Wheeler seperti seorang atuk atau bapa dengan janggutnya yang banyak itu tetapi dia sebenarnya adalah seorang ibu!

Vivian Wheeler dikatakan menghidap sejenis penyakit sindrom serigala atau werewolf syndrome (hypertrichosis). Penyakit ini akan menyebabkan muka pesakit ditumbuhi rerambut walaupun pesakit itu masih kanak-kanak.





Baca seterusnya...

Sekumpulan Flamingo Berkumpul Membentuk Corak Flamingo Gergasi

Wednesday, November 24, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Fotografer Bobby Haas mungkin fotografer yang bertuah kerana berjaya merakam aksi sekumpulan Flamingo berkumpul dan membentuk seakan-akan Flamingo gergasi. Ia berlaku secara spontanis.



Baca seterusnya...

11.23.2010

Giler! Oprah Hadiahkan Sebijik VW Beetle Kepada Setiap Sorang Penonton Studio

Tuesday, November 23, 2010 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Oprah membuat kejutan kepada semua penonton studio yang menyaksikan talk show. Kejutannya bukan calang-calang, sebijik VW Beetle untuk setiap seorang penonton studio. Giler aaa. Penonton di studio semua menjerit histeria. Kalu aku pun boleh jadi histeria. Rezeki jatuh dari langit, datang tengok talk show dapat kereta. Kereta VW Beetle plak tu yang masih belum berada di pasaran dan akan dijual tahun hadapan.


Kelihatan penonton di studio bersorak dengan kunci kereta masing-masing. Ada yang menangis kegembiraan. Seramai 275 penonton di studio menerima kereta VW Beetle tersebut.

Difaham, ini bahagian kedua Oprah menghadiahkan sesuatu kepada penonton di studio. Sebelum ini, bahagian pertama, Oprah menghadiah Apple iPad, Sony television, Caribbean cruise dan macam-macam lagi.

Tertiba rasa macam nak jadi penonton di studio talk show Oprah lah plak walaupun sekali haram aku tak pernah tengok talk show dia. :D

Video Oprah mengumumkan hadiah VW Beetle kepada penonton...






sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Gaji Perdana Menteri Malaysia RM22,826.65 Sebulan

Tuesday, November 23, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. — Bernama




Baca seterusnya...

Ramai Dah Celik IT

Tuesday, November 23, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

"Ini facebook atuk. Jap..atuk nak upate status jap.."


Update status : "hari ni collection tak banyak aa. maybe bukan hari gaji kut"


Baca seterusnya...

11.22.2010

Video Aksi Seorang Remaja Perempuan Skor 128 Jaringan Dalam 60 Saat

Monday, November 22, 2010 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Korang semua tentu pernah main atau pernah tengok game basketball mini kat arked permainan video. Remaja perempuan Jepun di atas berjaya menjaringkan 128 jaringan dalam 60 saat tanpa gagal. Awesome!

Saksikan video aksi tersebut...







Baca seterusnya...

Guna Kaki Pun Boleh Menembak

Monday, November 22, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:










Baca seterusnya...

Ironinya...

Monday, November 22, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

Cara Tenangkan Bayi Cara Reggae

Monday, November 22, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bayi lelaki ini menangis apabila ibubapanya mahu letakkannya dalam baby car seat.

Bila bapanya pasang lagu Bob Marley, terus budak lelaki ini senyum dan angguk-angguk kepala.

Saksikan video Baby Bob Marley..








Baca seterusnya...

11.21.2010

Aksi Tom Cruise Di Puncak Tertinggi Burj Khalifa

Lelaki yang berada di puncak tertinggi Burj Khalifa itu bukannya cuba membunuh diri tetapi sedang berlakon. Lelaki tersebut adalah Tom Cruise dan sedang melakonkan aksi untuk filem terbaru Mission Imposible.

Giler berani betul Tom Cruise ni. Selamber je lepak kat atas puncak tu sambil berjuntai kaki. Giler aaa..

Lagi gambar selepas ini...







Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik