10.30.2010

Gambar Famili Yang Menakjubkan. Diambil Setiap Tahun

Saturday, October 30, 2010 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Aku tertarik dengan keluarga British ni. Setiap tahun pada tarikh yang sama dalam bulan julai, mereka akan mengambil gambar mereka satu keluarga dalam sebuah bilik yang sama. Gambar itu dirakam oleh kawan mereka,seorang fotografer. Dari anaknya, Ed royle berumur satu minggu hinggalah sekarang sudah berusia 18 tahun dan bakal memasuki universiti.



lagi gambar seterusnya...










hmm..menarik jugak kan. Rasanya masih belum terlambat tuk ku buat camni jugak ni.


Baca seterusnya...

10.29.2010

"Jangan risau,masih boleh dipandu ni.."

Friday, October 29, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Video Puting Beliung Di Arau, Perlis

Friday, October 29, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berikut adalah video amatur rakaman puting beliung oleh seorang penduduk di Taman Bersatu, Arau, Perlis pada jam 5.15 petang 28 Oktober 2010 , khamis.

Kejadian puting beliung memang jarang-jarang berlaku di Malaysia. Terbaru yang mengorbankan nyawa adalah pada bulan Ramadhan lalu di pasar ramadhan Jasin, Melaka.




sumber : kekoh.blogspot.com
Baca seterusnya...

Tidak Perlu Topi Kaledar Jika Bawa Buah Tembikai

Friday, October 29, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

"Ada nyamuk kat belakang tadi.."

Friday, October 29, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

10.28.2010

Francisco Domingo Joaquim - Lelaki Mulut Terluas Di Dunia


Francisco Domingo Joaquim dinobatkan sebagai lelaki yang mempunyai mulut paling luas di dunia oleh Guinness Book of World Records dengan keluasan mulut 6.69 inci. Tengoklah gambar kat atas tu, tin coca cola tu selamber jer di masukkan dalam mulut. so, anda boleh bayangkan betapa luasnya mulut dia.

Lagi gambar...






Baca seterusnya...

Dekat Eskalator Pun Jadi...

Thursday, October 28, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Video Misteri Wanita Pakai Telefon Bimbit Dalam Tahun 1928

Thursday, October 28, 2010 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:


LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.

Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi (Kosmo)

Saksikan video wanita misteri pegang telefon bimbit...





Baca seterusnya...

Pelajar Bournemouth Makan Bangkai (roadkill) Untuk Berjimat

Thursday, October 28, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


BOURNEMOUTH, England - Sekumpulan pelajar Universiti Bournemouth di sini mempunyai satu cara pelik untuk mendapatkan makanan secara percuma ekoran harga makanan yang tinggi dan masalah kewangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar-pelajar itu mencari bangkai arnab, burung kuang bayas dan jika bertuah akan mendapat rusa yang baru dilanggar oleh kereta di sebuah sebuah jalan raya.

Seorang kakitangan universiti itu yang sudah bertugas hampir sepuluh tahun berkata: "Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis haiwan di tepi jalan.

"Mereka sebelum ini menggunakan haiwan itu untuk sesi pengajaran bagi menunjukkan sejarah perkembangan kaedah penyembelihan haiwan.

"Namun, selepas kelas itu, kami mendapat banyak timbunan daging (selepas belajar menyembelihnya). Justeru, kami kemudian memanggang daging itu."

Para pelajar di universiti itu menyatakan pengajaran dalam kelas itu menyebabkan mereka mencari lebih banyak haiwan yang mati mengikut masa kelapangan masing-masing.

Seorang pelajar arkeologi forensik berumur 23 tahun berkata: "Selepas menggunyah beberapa kali, saya terlupa saya memakan daging haiwan yang kepalanya dilanggar sebuah kereta."

Bagaimanapun, seorang pegawai kesihatan Majlis Daerah New Forest berkata, seseorang yang makan haiwan yang dilanggar kereta perlu berjaga-jaga dengan tahap kesihatan haiwan berkenaan yang mungkin membawa penyakit. - Agensi


Lagi gambar...






Baca seterusnya...

10.27.2010

Bestnyer Dia Tidur..

Wednesday, October 27, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Sotong Psikik Paul Mati

Wednesday, October 27, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Siapa yang tak kenal sotong psikik Paul. Pernah mengemparkan dunia pada Piala Dunia 2010 julai lalu dengan membuat ramalan keputusan perlawanan yang tepat. Kini, Paul tidak akan meramal lagi kerana sudah mati beberapa hari lalu dalam usia dua setengah tahun.

Walaupun Paul hebat meramal, tapi dia tak dapat meramal kematiannya. hehe..



FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.

Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.

Sotong itu kelihatan baik apabila diperiksa lewat kelmarin.

Namun, kata jurucakap itu, Paul gagal untuk meneruskan hidup dan ia mati akibat semula jadi.

"Kami semua mula menyayanginya dan akan merasai kehilangannya," kata pengurus akuarium itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Setakat ini, pihak pengurusan Sea Life masih belum memutuskan cara untuk memperingati penghuni yang paling terkenal dalam akuarium berkenaan.

Sotong itu pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010.

"Kami mungkin memutuskan untuk menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium kami dan mendirikan satu 'makam' sederhana yang kekal," kata pengurus tersebut.

Sotong itu menjadi selebriti semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung pada Jun dan Julai lalu di Afrika Selatan.

Paul bersara daripada membuat ramalan selepas perlawanan menentukan juara Piala Dunia antara skuad bola sepak Sepanyol dengan Belanda.

Selepas perlawanan itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal dengan membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.

Paul mendapat perhatian ramai apabila ia berjaya meramalkan dengan tepat tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia itu.

Sotong itu memulakan ramalannya dengan membuka penutup salah satu daripada dua kotak plastik yang mengandungi kupang dan bendera skuad yang berentap dalam pertandingan.

Antara ramalan yang dibuat oleh Paul ialah kemenangan Jerman ke atas pasukan Argentina dan kekalahan Jerman ke atas Serbia.

Sotong itu turut meramalkan kemenangan Jerman ke atas England dan kekalahan Jerman ke atas Sepanyol pada peringkat separuh akhir.

Selepas kemahiran meramalnya itu didedahkan, Paul telah dilantik menjadi duta mewakili England yang cuba menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 2018.

Sotong itu dilahirkan di akuarium Weymouth Sea Life Centre, England pada 2008.

Kebolehan meramalkan itu kemudian menjadi ilham pemilik beberapa haiwan lain yang cuba membuktikan ia setanding dengan Paul.

Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman. - Agensi






Baca seterusnya...

10.26.2010

Amacam..Seksi Tak I ? (18 SX)

Tuesday, October 26, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Harap maklum, gambar berikut adalah gambar yang tidak sesuai bagi sesetengah individu. Pertimbangan sewajarnya adalah diperlukan.

Pssttt...pssttt... pastikan takde orang kat belakang...









Baca seterusnya...

10.25.2010

Manusia Bertatu Papan Catur Cucuk Dakwat Dalam Mata

Monday, October 25, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Giler mamat nie! Setelah hampir 98% badannya dipenuhi tatu, terbaru Matt Gone dari Polland ni telah mewarnakan matanya pulak. Sebelah biru dan sebelah lagi hijau.

Dan yang lagi ngeri, dia mewarnakan matanya itu dengan mencucuk matanya dengan jarum dakwat. Dan dia buat sendiri! Giler! memang giler!

Lagi gambar..








sumber : daily mail

Baca seterusnya...

Antilia - Gambar Interior & Exterior

Monday, October 25, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

Durrat Al Bahrain

Monday, October 25, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik