
Baca seterusnya...
Blog Santai Anda Di Kala Bosan
Subject: FW: Produk Anlene Gold ada serangga dalam paket
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera,
Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada diri saya & isteri pada hari Sabtu (25 September 2010). Saya menyuruh isteri saya membeli satu rumusan susu produk Anlene Gold disebuah kedai runcit (lebih kurang jam 12.20tghr) kerana doktor menasihatkan bapa saya untuk minum susu Anlene Gold untuk menguatkan tulang kakinya yang telah di diagnosis perlukan banyak kalsium bagi membantu pemulilhannya
Apabila tiba di Hospital Selayang petang hari yang sama, saya pun membuka rumusan susu yang disebut diatas tadi untuk minuman bapa saya. Begitu terkejutnya saya melihat apabila terdapat beberapa warna hitam & kelabu dalam rumusan susu tersebut. Kerana rasa was-was saya pun mengambil sudu lalu mencedok sedikit demi sedikit rumusan susu tersebut, Hasilnya saya mendapati beberapa serangga yang telah mati ada didalam rumusan susu tersebut.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan situasi diatas, saya terus menelefon no talian khidmat pelanggan di belakang pek rumusan susu itu. Seperti biasa, sistem khidmat pelanggan di Malaysia ini hanya indah khabar dari rupa. Disebabkan saya menelefon pada hari Sabtu, maka sistem khidmat pelanggan telah ditutup dan hanya dibuka pada hari kerja sahaja. Ini lebih membuatkan saya semakin tidak berpuas hati kerana adakah kita akan terus ditipu sebegini oleh peniaga. Saya terpaksa meninggalkan mesej ke dalam sistem tersebut & mengharapkan bahawa mereka akan menelefon saya kembali diwaktu bekerja mereka. Saya merasakan itu tindakan yang belum pasti akan dibuat oleh pihak mereka.
Sila lihat gambar yang telah saya 'attached' kan diatas sebagai bukti dakwaan saya ini. Jika anda prihatin terhadap perkara ini, tolong sebarkan kepada semua rakan-rakan, saudara-mara, ibu-bapa anda untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada anda. Kita perlu gunakan kuasa pengguna kita agar hak-hak kita sentiasa terpelihara. Jangan hanya terpedaya dengan iklan-iklan di televisyen tentang semua produk mereka tetapi sebenarnya mereka menipu kita secara tidak sedar.
Sebagai bukti, berikut adalah makluman tentang paket rumusan susu yang telah isteri saya beli:
Nama Produk: Anlene Gold
Harga Produk: RM23.90
Tarikh Luput: 19/11/2011
Dipek oleh: Fonterra Brands ( Malaysia ) Sdn. Bhd,
Lot 12, Subang Hi-Tech Industrial Park,
Batu Tiga , 40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan , Malaysia .
Saya juga ingin maklumkan yang saya tidak ada kepentingan dalam mana-mana pihak lain (pesaing) kepada produk ini. Saya hanyalah pengguna biasa yang terpedaya oleh tipu-daya pihak peniaga. Untuk membuktikan yang saya tidak menipu sesiapa pun, saya letakkan no. telefon saya dibawah & anda boleh mencari saya di wangsa maju seksyen 1.
Sekian, Pengguna yang ditipu...
LONDON - Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.
Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.
Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.
"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya. - Agensi
Chelsea sah datang Julai tahun depan
19/10/2010 5:51pmKUALA LUMPUR 19 Okt. - Peminat Chelsea di negara ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri kelibat pasukan kesayangan mereka apabila gergasi bola sepak Liga Perdana England itu mengesahkan akan berentap dengan Pilihan Malaysia (Malaysia XI) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 21 Julai tahun depan.
Penyandang juara Liga Perdana England itu memilih Malaysia sebagai antara destinasi untuk menjalani perlawanan pramusim iaitu sebagai persiapan sebelum menghadapi musim baru 2011/2012 dan pengumuman tersebut dibuat semalam. - Utusan
Copyright 2008 Revolution Code Gray theme by Brian Gardner
blogger templates techknowl.com