9.25.2010

Gambar Terkini Proton Waja Baru 2010 (Proton Inspira??)

Saturday, September 25, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,

Beberapa keping gambar bahagian depan dan belakang Proton Waja Lancer terbaru dari Proton sudah mula tersebar. Dengar cerita juga nama Proton Waja baru ini adalah Proton Inspira. Samaada betul atau tidak, kita sama-sama tunggu jer maklumat yang betul-betul rasmi nanti. Dah tak lama dah...


kredit : facebook Proton Inspira


kredit : blog funtastickodesign

kredit : blog funtastickodesign


kad kahwin
Kad Kahwin


Update : 11 Oktober 2010

Sah! Proton Waja Lancer baru ini diberi nama Proton Inspira!


p/s : yang untung kedai aksesori kereta nanti. tentu diorang akan jual bumper depan mitsubishi lancer GT tuk dipadankan dengan proton waja baru ni. :D

Baca seterusnya...

9.24.2010

Video, Lirik Lagu Tema Ahmad Durrah - Hanyut - Faizal Tahir

Friday, September 24, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,


Layan juga cerita Ahmad Durrah di Slot Zehra TV3. Lagu tema Ahmad Durrah adalah dari lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir.

Video Lagu Tema Ahmad Durrah - Hanyut - Faizal Tahir




Lirik Lagu Tema Ahmad Durrah - Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum

Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa



Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa dijiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui

Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu

Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup
tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


Baca seterusnya...

Bayi Tiga Bulan Tercekik Susu

Friday, September 24, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Tadi tengok Buletin Utama, ada berita tentang bayi berusia 3 bulan mati tercekik susu di rumah pengasuh. Berlaku kat Presint 9 Putrajaya.

So, ini berita penuhnya..

PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu.

Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut.

"Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya.

"Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya.


Mohd Fairuz berkata Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia.

Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi.

Fairuz berkata beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.

"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh yang turut mengunjungi keluarga mangsa hari ini berkata, pihak bertanggungjawab perlu bertindak tegas dalam perkara tersebut dengan memastikan semua pengasuh sama ada pengasuh di rumah atau Taska diberikan latihan sepatutnya untuk mengelakkan lebih banyak kejadian yang sama berlaku. - BERNAMA



Baca seterusnya...

Gambar Kampung Sukan Komanwel Di India Yang Teruk

Friday, September 24, 2010 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


LONDON - Beberapa gambar yang menunjukkan tandas kotor dan cadar katil mengandungi kesan tapak kaki haiwan di sebuah kampung Sukan Komanwel di India didedahkan oleh stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC), lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang wartawan BBC menyamar semasa merakamkan gambar-gambar itu sebelum Sukan Komanwel di New Delhi berlangsung mulai 3 hingga 14 Oktober depan.

Beberapa buah negara sebelum ini menegaskan bahawa sukan itu perlu ditangguhkan atau dibatalkan kecuali kemudahan di kampung berkenaan yang menempatkan 7,000 atlet dibaikpulih.

Pada Selasa lalu, 23 orang cedera apabila sebuah jambatan dalam pembinaan runtuh dekat Stadium Jawaharlal Nehru, New Delhi manakala sebuah siling di sebuah dewan angkat berat runtuh kelmarin.

Sebelum ini, kontinjen New Zealand, Kanada dan Scotland menangguhkan ketibaan para atletnya di New Delhi untuk bertanding dalam Sukan Komanwel atas alasan tahap keselamatan dan kemudahan yang teruk di kampung sukan.

Ekoran beberapa masalah yang berlaku itu, Perdana Menteri, Manmohan Singh mengadakan mesyuarat tergempar malam semalam dengan Menteri Sukan dan pegawai kanan lain bagi menilai tahap persediaan negara tersebut untuk menganjurkan sukan berkenaan. - Agensi

Lagi gambar-gambar Kampung Sukan Komanwel di India yang teruk..















sumber : daily mail

Baca seterusnya...

9.23.2010

Pesawat Pertama Terbang Dengan Mengepakkan Sayap Seperti Burung

Thursday, September 23, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Pesawat ini yang diberi nama Snow Bird adalah merupakan pesawat pertama yang dicipta terbang dengan mengepakkan kedua-dua sayapnya. Ianya digerakkan oleh tenaga manusia iaitu dengan kayuhan pedal oleh juruterbang.

Dicipta oleh Todd Reichert seorang pelajar PhD Kejuruteraan Aerospace Studies di University of Toronto Institute (UTIAS).

Lagi gambar dan video...







HPO The Snowbird from U of T Engineering on Vimeo.



Baca seterusnya...

Gambar Landskap Di Britain

Thursday, September 23, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

The maze at Longleat House, Wiltshire, is three-dimensional, with six bridges allowing visitors to see the maze from above to appreciate its beauty





One of the few remaining hawthorn hearts, this one is in Oare, Wiltshire. The berry-like fruit of the hawthorn is prized for its aromatic sweet flavour when made into jellies, jams and syrups





The Sultan the Pit Pony sculpture in Caerphilly, South Wales, is more than 200m long and built from coal shale




A salmon farm in the Shetland Isles, Scotland. Salmon farming is a large part of the Scottish economy, supporting many remote and rural communities with jobs

sumber : daily mail



Baca seterusnya...

Datuk Nicol David Juara Terbuka Wanita Dunia Buat Kali Kelima

Thursday, September 23, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tahniah buat Datuk Nicol David atas kejayaannya menjadi juara Terbuka Wanita Dunia buat kali kelima (ketiga berturut-turut). Datuk Nicol David pernah menjadi juara Terbuka Wanita Dunia pada 2005, 2006, 2008 dan 2009.


KUALA LUMPUR, 23 Sept - Datuk Nicol David sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila menjuarai Terbuka Wanita Dunia sebanyak lima kali di Soho Square, Sharm El Sheikh, Mesir, pagi ini (waktu Malaysia).

Ratu skuasy negara itu mudah menumbangkan pemain tempatan, Omneya Abdel Kawy yang juga pilihan keempat kejuaraan, 11-5, 11-8, 11-6 dalam masa 30 minit.

Kejayaan pemain yang digelar Duracell Bunny itu sekali gus menyamai rekod juara terbanyak Terbuka Wanita Dunia lima kali yang dipegang Sarah Fitz-Gerald, 41, dari Australia yang bersara lapan tahun lalu.

Fitz-Gerald memegang rekod juara Skuasy Terbuka Wanita Dunia paling banyak dengan lima kali (1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002).

Nicol pula pernah menjadi juara dunia pada 2005, 2006, 2008 dan 2009. - Agensi


Baca seterusnya...

9.22.2010

Shahir AF8 Kemalangan. Nissan Fairlady Miliknya Berpusing 5 Kali

Wednesday, September 22, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,



Shahir juara Akademi Fantasia 8 (AF8) dilaporkan terlibat kemalangan di lebuhraya PLUS antara Bidor ke Sungkai, Perak petang isnin lalu. Bagaimanapun, Shahir dan kawannya tidak mengalami sebarang kecederaan kerana kereta Nissan Fairlady milik Shahir AF8 hanya terbabas dan berpusing 5 kali sehingga melanggar pembahagi jalan.

Shahir AF8 pakai Nissan Fairlady?? Difahamkan Shahir AF8 baru sahaja membeli kereta Nissan Fairlady pada bulan Ramadhan baru-baru ini. Harga Nissan Fairlady tersebut sekitar RM180,000. No wonder lah ramai nak masuk Akademi Fantasia atau nak jadi penyanyi.

Berita penuh dari mStar Online,



PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut.

Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.

“Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Dia sudah mendapatkan rawatan doktor dan membuat laporan polis. Alhamdulillah doktor kata dia okey dan memberikan ubat tahan sakit.

“Tetapi dia belum membuat rawatan x-ray. Bagaimanapun, saya berharap supaya dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Sekarang, dia sedang berehat di rumah dan menghantar keretanya ke bengkel,” kata Mahanum ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.

“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan.

“Selepas itu terus dia berhenti ke tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan. Nasib baik kereta yang lalu-lalang di situ sempat mengelak dan tidak terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Walaupun keretanya rosak teruk, tetapi pada saya yang penting Shahir dan kawannya selamat. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya lagi.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya.




Baca seterusnya...

9.21.2010

Timun Paling Panjang Di Dunia

Tuesday, September 21, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Timun ini mungkin timun yang terpanjang di dunia dengan kepanjangannya 47 inc. Nenek ini masih menunggu pihak Guinness World Record datang untuk mengukur kepanjangan timun tersebut sebelum dinobatkan sebagai timun terpanjang.

Rekod timun terpanjang di dunia sekarang adalah sepanjang 41.25 inc.

Nenek ini juga turut mempunyai sebatang timun lagi sepanjang 43 inc yang masih belum dipetik.




sumber : daily mail

Baca seterusnya...

Lagi Kes Penipuan Gores & Menang

Tuesday, September 21, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Walaupun sudah banyak kes-kes penipuan Gores & Menang didedahkan di akhbar juga TV, tapi masih ada lagi yang menjadi mangsa. Adakah kerana sindiket ini bijak memperdayakan mangsa atau kita sendiri yang mudah terpedaya?

Semoga berita yang dilaporkan oleh Kosmo di bawah menjadi iktibar untuk semua. Cara yang paling selamat, jangan dilayan jika ada sesiapa yang cuba menawarkan sebarang peraduan Gores & Menang supaya anda tidak termakan dengan pujuk rayu mereka.


Umpan Toyota Altis, beri tilam


KHAIRUDDIN menunjukkan laporan polis mengenai kes penipuan ke atas bapa saudaranya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bayar RM12,000 untuk dapat sebuah kereta Toyota Altis baru tetapi yang dapat cuma tilam kesihatan.

Itulah pengalaman seorang pesara kerajaan berusia 69 tahun yang menjadi mangsa penipuan aktiviti gores dan menang yang masih berleluasa ketika ini.

Anak saudara mangsa, Khairuddin Karim, 50, berkata, kejadian berlaku pada 21 Ogos lalu apabila mangsa dan isterinya telah dihampiri seorang lelaki sebaik sahaja mereka keluar dari sebuah pasar raya di Selayang.

“Lelaki berkenaan meminta bapa dan ibu saudara saya menggores sekeping kad. Ibu saudara saya tidak memenangi apa-apa tetapi bapa saudara saya telah memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Altis berharga kira-kira RM118,000 dan dijemput datang ke pejabat untuk mengambil hadiah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Khairuddin, setiba di pejabat berkenaan, mangsa diminta membayar RM12,000 sebagai kos untuk insurans, cukai jalan dan kos penyimpanan kereta baru tersebut.







Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Muah – Suzanne Brautigam

Tuesday, September 21, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Lirik Lagu Muah – Suzanne Brautigam

Muah
Muah

Sungguh aku sayang
Sungguh aku rindu
Ha ha ha usah kau ragu-ragu

Sungguh aku cinta
Sungguh aku mahu
Ha ha ha ku tidak malu-malu

Sayang oh sayang
Ku sayang kepadamu (muah)
Aku cintakan dirimu
Rindu oh rindu
Ku rindu padamu (muah)
Janganlah kau pergi dariku

Papa tolonglah (pa)
Mama tolonglah (ma)
Aku sedang mabuk cinta
Dengan si dia (ah ha)
Si jantung hatiku (ah ha)
Yang ku puja ku cinta selalu

Mama tolonglah
Papa tolonglah
Jodohkanlah aku dengannya



Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

Sayang oh sayang
Ku sayang kepadamu (muah)
Aku cintakan dirimu
Rindu oh rindu
Ku rindu padamu (muah)
Janganlah kau pergi dariku

Papa tolonglah (pa)
Mama tolonglah (ma)
Aku sedang mabuk cinta
Dengan si dia (ah ha)
Si jantung hatiku (ah ha)
Yang ku puja ku cinta selalu

Mama tolonglah
Papa tolonglah
Jodohkanlah aku dengannya

Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

Papa tolonglah
Mama tolonglah

Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

Papa tolonglah
Mama tolonglah







Baca seterusnya...

9.20.2010

Kereta Langgar Penghadang Jalan

Monday, September 20, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,








sumber : daily mail


Baca seterusnya...

Philippe Croizon, Lelaki Tanpa Tangan & Kaki Pertama Rentasi Selat Inggeris

Monday, September 20, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Philippe Croizon,42, berjaya menjadi lelaki tanpa tangan & kaki yang pertama merentasi Selat Inggeris dan tiba 10 jam lebih awal dari jadual. Philippe Croizon telah berlatih 30 jam seminggu sejak 2 tahun lalu sebagai persediaan untuk memecahkan rekod tersebut.

Difahamkan Philippe Croizon kehilangan kedua-dua belah tangan dan juga kaki akibat kemalangan renjatan elektrik ketika bekerja sebagai juruelektrik.

hmm..aku yang cukup sifat ni pun masih terkial-kial berenang.






Baca seterusnya...

9.19.2010

Video Bayi Merangkak Di Lebuh Raya

Sunday, September 19, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bayi merangkak di lebuh raya. Memang mengerunkan. Bagaimana bayi berusia setahun itu dibiarkan merangkak ke lebuh raya yang sibuk. Kejadian tersebut berlaku di lebuh raya di bandar Antalya,Turki dan dirakam oleh CCTV yang dipasang di lebuhraya itu.

Difahamkan, ibu bayi tersebut merupakan pengemis jalanan dan tidur berhampiran lebuh raya tersebut. Bayi tersebut yang terlepas dari pelukan ibunya itu, kemudian merangkak ke arah lebuh raya yang sibuk. Nasib bayi tersebut baik kerana kenderaan yang lalu di situ perasan akan kehadiran bayi tersebut.

Bayi tersebut berjaya diselamatkan dan polis telah menahan ibu bayi tersebut.

Saksikan video bayi berusia 1 tahun merangkak di lebuh raya Turki...





Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik