
Haih..macam-macam.... Jangan lepas ni suami² Malaysia yang suka pukul isteri akan gunakan alasan mereka sedang menari tarian turki sudah. hehe..


Baca seterusnya...
Blog Santai Anda Di Kala Bosan
Two policemen were suspended after a disabled pensioner claimed he was left terrified by officers who smashed his car window after catching him driving without a seatbelt.
When stroke victim Robert Whatley, 70, was pulled over in his Range Rover, he expected a brief discussion with the officers.
But he claims he was forced to cover his face and was showered with glass as one officer jumped on to the bonnet and kicked his windscreen while another repeatedly attacked the window with a baton.
The ensuing action was caught on film by a police camera placed on the patrol car's dashboard.
So, bagaimana John Orbier melakukannya. Anda lihat sendiri gambar-gambar di bawah dan anda tahulah bagaimana trik tersebut dilakukan.
cehh....macam ni punyer orang pun ade ke. dah takde keje lah tu...
sumber : mz-mz.net
PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.
Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.
Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu.
“Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang.
“Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak.
Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.
Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak ditemui di laut. sumber berita : Kosmo
Pagi ni terbaca kat blog raja kamil tentang teknik terbaru phishing emel untuk memerangkap pengguna maybank2u. Aku sendiri pun belum pernah lagi menerima emel sedemikian rupa. Nasib baik dapat mengetahui lebih awal sebab aku memang selalu guna Maybank2u ni. Nasihat aku cuma satu jer, walau apapun keadaannya, walau apapun kandungan dalam emel itu, JANGAN sesekali klik link url yang terdapat dalam emel tersebut. JANGAN !
Salam hormat;
Tadi saya dapat email
Tajuknya :
“unauthorised Maybank2u.com 3rd Party Transfer”
Saya telah menerima berpuluh-puluh ribu email mengenai transaksi M2U.
Saya juga telah menerima beribu email yang cuba untuk menipu duit akaun bank saya.
Namun, saya ingat pengalaman saya sudah cukup.
Terus terang, saya percaya email itu kerana memang pagi tadi, saya ada membuat berpuluh transaksi.
Cuma, seingat saya, saya tak buat langsung transaksi berjumlah RM300.Bila nak klik sahaja, saya secara tak sengaja terlihat laman asal laman web yang mana ia
sah-sah bukan milik M2U.Cuba lihat gambar di bawah.
(klik untuk besarkan)Modus operandi ini, kali pertama saya hadapi. Kalau perasan, di dalam email, dia bagi link yang sebenar. http://www.maybank2u.com.my/bla-bla
Tapi, sebenarnya, email tersebut dalam HTML yang mana, link itu boleh dimanipulasi.
Contohnya begini.Saya akan Tunjuk laman google. Tapi, bila anda klik, anda akan ke laman web lain.
Cuba klik link di bawah untuk memahami maksud saya.Klik Sini : www.google.com
Sebarkan untuk kebaikan sejagat
Saban hari, kita selalu dengar orang kehilangan keseluruhan duit daripada akaun bank mereka.
Kenapa? Kerana masih ramai yang tidak tahu tentang teknik penipuan sebegini.Tolong sebar-sebarkan untuk kebaikan bersama. Beritahu bos anda, adik beradik anda, mak ayah anda, kawan-kawan anda.
Perkara ini sangat penting, kita penat-penat kumpul duit, orang lain senang-senang curi duit kita.
Grrr…….
sumber : rajakamil.biz
HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.
Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.
Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.
Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).
Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.
Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.
Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. - Agensi sumber : kosmo
Copyright 2008 Revolution Code Gray theme by Brian Gardner
blogger templates techknowl.com