8.07.2010

Seorang Suami Ditahan Kerana Disangkakan Memukul Isteri

Cuba anda lihat gambar di atas. Nampak seperti lelaki turki di atas sedang bergaduh dengan isterinya kan. Dan akibatnya, lelaki di atas ditahan dan didakwa kerana memukul, menendang dan mencekik isterinya. Dan hakikat sebenarnya, telh berlaku salah faham. Lelaki itu dan isterinya sebenarnya cuma menari tarian tradisional mereka iaitu tarian turki. Tarian itu telah disalah faham kerana terdapat pergerakan dalam tarian itu seperti sedang bergusti.

Haih..macam-macam.... Jangan lepas ni suami² Malaysia yang suka pukul isteri akan gunakan alasan mereka sedang menari tarian turki sudah. hehe..








Baca seterusnya...

8.06.2010

Lagu Tema Epilog Syurga Cinta

Siri drama yang tengah hot sekarang ni adalah siri drama di slot akasia tv3 iaitu Epilog Syurga Cinta. Siri drama ini adalah adaptasi dari filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari dan Heliza. Dalam siri drama Epilog Syurga Cinta, menampilkan Fida dan Zizan Nin sebagai watak utama. Dan salah satu sebab utama ramai yang sukakan siri drama Epilog Syurga Cinta ini adalah kerana pelakon cilik Mia Sara Nasuha!.



Lagu Tema Epilog Syurga Cinta

Ku Memohon Padamu - Rafidah Ibrahim @ Fida

Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu

Ku Memohon Padamu

sumber lirik : kfzoom thanks :D








Baca seterusnya...

Lukisan Pada Pintu Bilik Yang Kreatif

Friday, August 06, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Jika dilihat pada gambar di atas, nampak seperti pintu untuk keluar dari sebuah gua. Tapi sebenarnya ia adalah lukisan fabric 3D yang dilekatkan pada pintu bilik. Ada macam-macam lagi gambar-gambar yang menarik untuk dilekatkan pada pintu bilik..








Baca seterusnya...

Video Polis Pecahkan Cermin Tingkap Kereta Pesalah Jalanraya


Video dibawah memaparkan kejadian di mana polis mengejar pesalah trafik yang tidak memakai tali pinggang keselamatan. Sebaik sahaja pesalah itu memberhentikan keretanya, seorang polis dengan pantas telah memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu dengan rakus. Seorang lagi polis telah melompat ke atas bonet depan kereta pesalah tersebut. Sementara seorang lagi mengawal keadaan.

Tapi sebelum tu, kejadian ini bukan berlaku di Malaysia tapi di Britain.

Two policemen were suspended after a disabled pensioner claimed he was left terrified by officers who smashed his car window after catching him driving without a seatbelt.

When stroke victim Robert Whatley, 70, was pulled over in his Range Rover, he expected a brief discussion with the officers.

But he claims he was forced to cover his face and was showered with glass as one officer jumped on to the bonnet and kicked his windscreen while another repeatedly attacked the window with a baton.

The ensuing action was caught on film by a police camera placed on the patrol car's dashboard.



Inilah pakcik yang jadi mangsa tu. Namanya Robert Whatley, 70. Kesian dia..

Saksikan video polis pecahkan cermin kereta di bawah yang dirakam oleh camera dalam kereta polis itu sendiri...






sumber : dail mail


Baca seterusnya...

Polis Britain Guna Motor Roda Tiga Can-Am Spyder Roadster

Friday, August 06, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

CHICHESTER - Polis Britain kini menguji sebuah motosikal berkuasa tinggi beroda tiga yang boleh memecut 96 kilometer sejam dalam masa 4.5 saat menyamai kereta Porsche 911 Carrera, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak dua buah model motosikal itu, Can-Am Spyder Roadster yang berupaya dipandu pada kelajuan mencecah 201 kilometer sejam kini digunakan polis trafik di Sussex. Motosikal itu dipinjam daripada pengeluarnya untuk tempoh percubaan selama sebulan.



Pengurus firma Collison Recreational Ltd., Adrian Yeomans berkata, motosikal berharga £20,939 (RM104.842) sebuah itu lebih selamat berbanding model biasa dan ia boleh ditunggang dengan cuma memiliki lesen memandu kereta.


Firma dari Kanada itu mengambil idea asas daripada rangka mesin pemotong rumput untuk mencipta motosikal tersebut. - Agensi

sumber berita : kosmo
sumber gambar : daily mail




Baca seterusnya...

8.05.2010

Lukisan Berikut Dilukis Menggunakan iPad


Sekali tengok gambar di atas seperti lukisan berasaskan minyak, tapi percaya atau tidak, lukisan kucing di atas dilukis menggunakan sentuhan jari pada iPad!

Dengan menggunakan perisian i-Art dan dipasang pada iPad, anda boleh melukis apa sahaja dengan hanya menggunakan sentuhan jari. Kebanyakkan hasil lukisan tersebut dibuat ketika sedang menggunakan perkhidmatan awam semasa pergi & balik kerja.

The 55-year-old, from Santa Rosa, California, America said: 'I love the mobility and freedom of the IPad - most of my work made at the bus going or coming from work.'

lagi gambar-gambar lukisan hasil sentuhan tangan dari iPad...








sumber : daily mail




Baca seterusnya...

8.04.2010

Gambar Proton Waja Baru (Ilustrasi)

Wednesday, August 04, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Sejak tersebarnya gambar spyshot model kereta di Penang yang dipercayai adalah model waja gantian atau proton waja baru hingga mendapat liputan di Buletin Utama, ramai peminat kereta Proton tercari-cari rupa sebenar model waja gantian tersebut.

Menurut CEO Proton, memang Proton sedang membangunkan model Waja gantian atau proton waja baru berdasarkan model mitsubishi Lancer namun rekabentuk model tersebut sudah tentu akan mengikut acuan Proton.

Gambar di atas adalah ilustrasi artis (Theophilus Chin) model Waja gantian berdasarkan gambar spyshot sebelum ini.

hmm...nampak menarik tapi macam tak wow sangat. Apa pun kita tunggu je la model sebenar waja gantian nanti.

Lagi gambar proton Waja gantian atau proton waja baru ...




sumber gambar : paultan.org

Update 4 September 2010

Saksikan video proton waja baru dalam buletin utama.


Baca seterusnya...

John Orbier, Boleh Tergantung Di Tepi Dinding

Wednesday, August 04, 2010 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Cuba tengok betul-betul gambar di atas. John Orbier memang tergantung dengan satu tangan melekat pada dinding. Ianya adalah gambar real bukan di edit gunakan perisian grafic seperti photoshop. Jika tak percaya, lihat lagi gambar-gambar seterusnya dari pelbagai sudut/angle.





So, bagaimana John Orbier melakukannya. Anda lihat sendiri gambar-gambar di bawah dan anda tahulah bagaimana trik tersebut dilakukan.



cehh....macam ni punyer orang pun ade ke. dah takde keje lah tu... sengihnampakgigi

sumber : mz-mz.net



Baca seterusnya...

Seekor Kambing Dilahirkan Dengan Dua Kaki



SHANDONG - Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.

Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.

"Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati," jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.

"Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja," kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia. - Agensi sumber : Kosmo



Baca seterusnya...

8.03.2010

Datuk Abdul Aziz Mohd Noh & Siti Rohana Ismat Mati Ditembak

Tuesday, August 03, 2010 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:


PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati ditembak di dalam sebuah kereta.

Kereta putih yang dinaiki mereka ditemui tersadai di tepi pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Buluh pagi tadi. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.


Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Tambah Khalid, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri, lain-lain butiran kita tak boleh beri setakat ini... biarlah polis siasat dahulu," katanya.

Katanya lagi, hasil maklumat saksi mengesahkan tiada individu lain dalam kereta mangsa ketika kejadian.



Abdul Aziz (gambar) mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.

Allahyarham juga, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Sementara itu, anaknya Anis Abdul Aziz adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. sumber : mStar Online


Siti Rohana (gambar) aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. - BERNAMA













Baca seterusnya...

Sah Ada Buaya Di Pantai Port Dickson

Tuesday, August 03, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini gambar lama ketika isu buaya di Pantai Port Dickson sedang hangat diperkatakan. Ketika itu, masih tiada pihak berani untuk mengesahkan memang terdapat buaya di Pantai Port Dickson.

Hari ini, hampir semua akhbar melaporkan tentang bangkai seekor buaya betina yang dijumpai di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan atau lebih tepat lagi di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas.


Lagi gambar-gambar bangkai buaya tembaga betina tersebut...








PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.

Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.

Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu.

“Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang.

“Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak.

Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.

Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak ditemui di laut. sumber berita : Kosmo




Baca seterusnya...

Awas Pengguna Maybank2u ! Teknik Phishing Terbaru!

Pagi ni terbaca kat blog raja kamil tentang teknik terbaru phishing emel untuk memerangkap pengguna maybank2u. Aku sendiri pun belum pernah lagi menerima emel sedemikian rupa. Nasib baik dapat mengetahui lebih awal sebab aku memang selalu guna Maybank2u ni. Nasihat aku cuma satu jer, walau apapun keadaannya, walau apapun kandungan dalam emel itu, JANGAN sesekali klik link url yang terdapat dalam emel tersebut. JANGAN !


Salam hormat;

Tadi saya dapat email

Tajuknya :

unauthorised Maybank2u.com 3rd Party Transfer

Saya telah menerima berpuluh-puluh ribu email mengenai transaksi M2U.
Saya juga telah menerima beribu email yang cuba untuk menipu duit akaun bank saya.
Namun, saya ingat pengalaman saya sudah cukup.
Terus terang, saya percaya email itu kerana memang pagi tadi, saya ada membuat berpuluh transaksi.
Cuma, seingat saya, saya tak buat langsung transaksi berjumlah RM300.

Bila nak klik sahaja, saya secara tak sengaja terlihat laman asal laman web yang mana ia
sah-sah bukan milik M2U.

Cuba lihat gambar di bawah.





(klik untuk besarkan)

Modus operandi ini, kali pertama saya hadapi. Kalau perasan, di dalam email, dia bagi link yang sebenar. http://www.maybank2u.com.my/bla-bla

Tapi, sebenarnya, email tersebut dalam HTML yang mana, link itu boleh dimanipulasi.
Contohnya begini.

Saya akan Tunjuk laman google. Tapi, bila anda klik, anda akan ke laman web lain.
Cuba klik link di bawah untuk memahami maksud saya.

Klik Sini : www.google.com

Sebarkan untuk kebaikan sejagat

Saban hari, kita selalu dengar orang kehilangan keseluruhan duit daripada akaun bank mereka.
Kenapa? Kerana masih ramai yang tidak tahu tentang teknik penipuan sebegini.

Tolong sebar-sebarkan untuk kebaikan bersama. Beritahu bos anda, adik beradik anda, mak ayah anda, kawan-kawan anda.

Perkara ini sangat penting, kita penat-penat kumpul duit, orang lain senang-senang curi duit kita.

Grrr…….

sumber : rajakamil.biz



Terima kasih kepada raja kamil kerana info yang berguna ini.






Baca seterusnya...

Kieron Williamson,Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit

Siapa sangka hanya dengan berbekalkan bakat melukis, seorang budak lelaki berumur 7 tahun dapat mengumput RM749,903 hanya dalam masa 30 minit. Semuanya berlaku apabila kesemua 33 hasil lukisannya terjual.

hmmm...lepas ni nak suh anak aku berjinak-jinak dengan melukis plak aa. Errr... ada sape-sape nak tempah lukisan anak aku tak? heee... kenyit


HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.

Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.

Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.

Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).

Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.

Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.

Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. - Agensi sumber : kosmo


Lagi gambar-gambar hasil lukisan dari Kieron Williamson...








sumber gambar : daily mail

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik