7.31.2010

Papan Notis Serius Tapi Lawak

Saturday, July 31, 2010 by Mr PenyuBiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Papan notis adalah mesej untuk memberitahu atau memberi amaran kepada pengguna. Maknanya, kandungan notis perlulah lembut tapi tegas. Bagaimana pula jika notis ditulis dalam tegas tapi lawak, macam gambar-gambar papan notis di bawah ni. Haih...macam-macam...










Baca seterusnya...

Makhluk Laut Misteri Di Pantai Britain


EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.



Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).

Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.

"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi




Sumber berita : kosmo
Sumber gambar : Mail Online

Baca seterusnya...

7.30.2010

Gajah Pun Pandai Melukis

Siapa yang tak pandai melukis tu tentu malu dengan gajah ini. Ye la, gajah yang hanya menggunakan belalai pun pandai melukis, inikan kita yang ada 2 tangan. Sebenarnay pandai atau tidak bergantung kepada usaha kita, jika hari-hari kita berlatih melukis, maka lama-lama pandai lah. Agaknya berapa lama gajah ni berlatih yer...


Boleh tahan jugak lukisan gajahnya ni. Agak-agaknya kalu suruh lukis gambar gajah jugak boleh ke gajah ni lukis :D



Baca seterusnya...

Stadium Piala Dunia 2022 Di Qatar

Menurut sumber, inilah rupa stadium-stadium yang bakal dibangunkan untuk acara piala dunia 2022 (FIFA World Cup 2022) di Qatar nanti. 5 stadium solar bakal dibangunkan.




Baca seterusnya...

Ahli KWSP Boleh Beli Rumah Bernilai Tinggi

Friday, July 30, 2010 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

KUALA LUMPUR - Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum pernah mengeluarkan simpanan mereka di bawah Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP, kini berpeluang untuk membeli rumah yang lebih tinggi nilainya.

Bermula 1 Ogos ini, ia boleh dilaksanakan melalui 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel' bagi tujuan untuk membolehkan ahlinya yang layak mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, usaha ini adalah untuk menyokong objektif kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memberi peluang merealisasikan impian mereka yang mahu memiliki kediaman yang lebih baik buat keluarga menerusi kelayakan pinjaman yang lebih tinggi.

"Skim ini tidak akan menjejaskan simpanan persaraan ahli malah simpanan yang telah diasingkan itu akan terus menerima dividen tahunan daripada KWSP," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Azlan menjelaskan, kemudahan tersebut terbuka kepada ahli yang belum berumur 54 tahun dan ia mesti dibuat bersama-sama permohonan untuk Pengeluaran Membeli/Membina Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP.

Menurutnya, bagi kemudahan tersebut ahli boleh memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 ke dalam akaun 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel' dan diikuti oleh pindahan amaun caruman bulanan yang ditetapkan ke dalam akaun perumahan tersebut. - sumber : Kosmo Jumaat 30 Julai 2010


p/s : Nampak satu peluang yang menarik tapi perlu baca pandangan pro/kontra dari pakar-pakar dulu.

kredit gambar : rumah123.com


Baca seterusnya...

7.27.2010

Sebelum Makan Maggi Segera, Periksa Betul-Betul

Tuesday, July 27, 2010 by Mr PenyuBiru · 7 comments Baca seterusnya!
Labels:
Amaran : Entri ini mengandungi gambar-gambar yang mungkin membuatkan anda hilang selera makan.


Makanan dalam bungkusan memang sedap untuk dimakan tapi sebelum makan periksalah betul-betul kandungan di dalamnya. Dikhuatiri mengandungi bahan yang tidak sepatutnya berada dalam bungkusan itu. Itulah yang berlaku dalam bungkusan maggi segera di bawah.








Baca seterusnya...

Jangan Tinggalkan Tin Pewangi Udara Dalam Kereta

Tuesday, July 27, 2010 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Gambar di atas adalah tin pewangi udara. Ia sepatutnya diletakkan di rumah bukan di dalam kereta. Mengapa tidak boleh diletakkan dalam kereta terutamanya kereta yang selalu parking ki kawasan terbuka dan terdedah dengan cuaca panas? Gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya.





Baca seterusnya...

Sienna-Rose, Bayi Yang Dilahirkan Dengan Kaki Kanan Bengkok Ke Depan

Gambar sebelah kiri adalah kaki kanan Sienna-Rose ketika baru dilahirkan. Kaki kanannya hanya boleh dibengkokkan ke depan dan bukannya ke belakang seperti kaki kirinya yang normal. Namun, tindakan bijak dan pantas dari seorang doktor pakar ortopedik bernama Dr Irene Van de Ploeg, kaki kanan bayi tersebut berjaya dirawat hanya dengan menggunakan salotep, gunting dan kayu lolipop! (Gambar sebelah kanan)





sumber : dailymail.co.uk

Baca seterusnya...

7.26.2010

Bayi 15 Bulan Jatuh Dari Tingkat 2 Tapi Masih Hidup

Gambar di atas menunjukkan lokasi di mana seorang bayi berumur 15 bulan jatuh dari tingkap di tingkat 2 dan terjelumpuk di atas tanah dari bahagian belakang. Dan ajaibnya, bayi tersebut masih hidup sihat walafiat tanpa apa-apa kecederaan. Subhanallah..

Difahamkan, ketika itu bayi tersebut bernama Tayjha Brown sedang bermain dengan abangnya yang berumur 3 tahun di dalam rumah. Kemudian bayi tersebut memanjat sofa dan seterusnya memanjat tingkap dan terus terjatuh ke tanah kira-kira 30 kaki tingginya.




Bagi mereka yang ada anak kecil tu, berhati-hatilah dan jauhkan sofa atau kerusi dari tingkap.

sumber : dailymail.co.uk



Baca seterusnya...

Gambar CCTV Rompakan Ketika Guna ATM

Monday, July 26, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

Gambar Juruterbang Selamatkan Diri Sebelum Jet Terhempas



Gambar-gambar berikut adalah detik-detik cemas seorang juruterbang jet pejuang CF-18 Hornet, Kapten Brian Bews melepaskan diri sebelum jetnya terhempas dan berkecai dalam letupan bebola api. Kemalangan udara ini berlaku ketika Brian Bews menjalani latihan penerbangan menjelang pertunjukan udara di Lapangan Terbang Lethbridge County, Alberta di Kanada.

Inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal. Kapten Brian Bews.

Lagi gambar-gambar detik cemas tersebut.






sumber berita & gambar : dailymail.co.uk




Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik