7.24.2010

Rekabentuk Kereta Konsep Yang Kreatif

Saturday, July 24, 2010 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:




Cantik memang cantik tapi cantik hanya untuk dipandang sahaja sebab kereta ini dihasilkan untuk kereta protaip sahaja.




Baca seterusnya...

Hebat Betul Pengemis Ini Berlakon

Jika dilihat pada gambar di atas, nampak sungguh kesian pada suami isteri tersebut. Suaminya sedang sakit manakala isterinya meriba suaminya. Sungguh sadis sekali. Sesiapa yang lalu-lalang di situ tentu merasa simpati dan seterusnya menghulurkan derma.

Tapi, benarkan suami isteri tersebut benar-benar mengalami kesusahan? Mari kita lihat gambar-gambar seterusnya.


Tu dia.. tadi bukan main baring terlentang kunun-kunun sedang sakit, sekarang sedang syok makan menggunakan duit derma tersebut. huhu..

Adakah pengemis di Malaysia jua seperti dalam gambar di atas? Renung-renungkan dan selamat beramal.


Baca seterusnya...

Gambar Darth Vader Rompak Bank di New York

Saturday, July 24, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

NEW YORK - Seorang lelaki yang memakai kostum seperti watak dalam filem Star Wars, Darth Vader merompak sebuah bank di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang menggunakan sepucuk pistol berjaya melarikan sejumlah wang.

"Pada mulanya, pelanggan-pelanggan menyangka lelaki itu melakukan gurauan dan ia bukannya satu percubaan serius untuk merompak," kata seorang pegawai polis, Sarjan William Lamb.

Polis kemudian mengeluarkan satu rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan lelaki itu berada di kaunter juruwang dan memasukkan sejumlah wang ke dalam sebuah beg manakala pelanggan-pelanggan bank tersebut duduk di lantai.

Menurut pegawai polis berkenaan, jumlah wang yang dibawa lari masih tidak diketahui kerana semasa berita rompakan tersebut dilaporkan pihak bank masih melakukan pengiraan jumlah wang yang dirompak itu. - Agensi - sumber : Kosmo




Baca seterusnya...

Penyampai TV Tercekik Nyamuk Ketika "On Air"

Saturday, July 24, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang penyampai TV atau pembaca berita Taiwan bernama Huang Ching mengalami serangan asma kerana mulutnya dimasuki nyamuk ketika sedang bersiaran langsung membacakan berita (on air).

Nyamuk tersebut tersekat di kerongkongnya dan menyebabkan Huan Ching terpaksa dimasukkan ke hospital.

'I never expected a mosquito to have such a great power. It really gave me a bad day,' she said.
Betapa besarnya kekuasaan Allah, hanya kerana seekor nyamuk yang kecil masuk kedalam mulut mampu membuatkan kita dimasukkan ke hospital.

Lagi gambar & video Penyampai TV Tercekik Nyamuk Ketika "On Air"










sumber berita & gambar : dailmail.co.uk

Baca seterusnya...

7.23.2010

Buaya Pun Tewas Dengan Harimau Bintang

Friday, July 23, 2010 by Mr PenyuBiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Di dalam air, buaya adalah haiwan pemangsa tetapi tidak di darat. Gambar-gambar berikut menunjukkan harimau bintang berjaya menjadikan buaya sebagai makanan untuk keluarganya. "Makan besar kita malam ni!" , mungkin itulah yang dikatakan oleh harimau bintang sebaik sampai kat rumah kut.







Baca seterusnya...

Video, Gambar Mesin Cuci Lembu

Friday, July 23, 2010 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:

Perghh... syoknya lembu ni kena berus. Siap pejam mata lagi. Stimm aa tu.. Jangan tak tau, berus berwarna kuning tersebut adalah mesin cuci lembu. Ingat kereta jer ada mesin cuci kereta, lembu pun ada.



STOCKHOLM - Sebuah syarikat di Sweden mengeluarkan mesin yang membersihkan lembu mirip mencuci kenderaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Mesin itu boleh meningkatkan penghasilan susu sehingga 3.5 peratus dan ia mampu memperbaiki pengedaran darah dan menghentikan pembiakan penyakit pada haiwan ternakan.

Pengeluar mesin itu, DeLaval menyatakan rekaan tersebut merupakan berita baik buat golongan penternak.

Sebanyak 30,000 unit mesin itu telah dijual di Sweden dan kini mula meneroka pasaran United Kingdom.

"Berus yang berputar ini merupakan alat membersih diri yang membuatkan lembu-pembu lebih gembira, sihat dan produktif," kata seorang jurucakap syarikat berkenaan. - Agensi - sumber berita : Kosmo

Lihat video bagaimana mesin cuci lembu tersebut beroperasi.





Baca seterusnya...

Video Bayi Tembikai

Friday, July 23, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Seorang bayi lelaki menjadi popular gara-gara video bayi tersebut berada dalam sebuah tembikai sambil memakan tembikai tersebut dimuatkan di Youtube. Lebih 210,000 orang telah melihat video tersebut.

Isk..isk...anak sapelah ni..

Saksikan video bayi lelaki tersebut berada dalam tembikai.




sumber : dailymail.co.uk


Baca seterusnya...

7.20.2010

Pusat Beli Belah Sediakan Bilik Lepaskan Geram

Tuesday, July 20, 2010 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:

Percaya atau tidak, sebuah pasar raya di China menyediakan bilik khas untuk anda lepaskan geram! Berita baik untuk wanita di sana tetapi tidak bagi lelaki, kerana bilik khas tersebut hanya untuk wanita sahaja!

Kebanyakkan barang-barang dalam bilik khas tersebut adalah barangan elektrik rumah atau perabut yang terpakai. Mereka boleh memukul barang-barang itu sepuas hati mereka. Dan jangan risau tentang kecederaan kerana mereka juga turut menyediakan topi keledar dan sarung tangan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Kat Malaysia ni rasanya tak sesuai kut wujudkan tempat cenggini. Banyak lagi cara lain yang lebih efisen untuk melepaskan tekanan.

Jangan nanti terbawak-bawak sampai ke rumah dan terpukul anak atau suami pula sudahlah. sengihnampakgigi



SHENYANG - Sebuah pusat beli-belah China di sini menyediakan tempat khas kepada pelanggan wanita untuk memukul pelbagai jenis barang sebagai cara melepaskan kemarahan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pusat itu itu yang dibuka baru-baru ini menyasarkan golongan suri rumah.

Pelanggan-pelanggan wanita itu boleh memilih beberapa zon seperti ruang rehat dan bilik tidur untuk memukul barang bagi melepaskan kemarahan dengan kayu besbol.

Ramai pelanggan terdiri daripada pelajar kolej dan pekerja kolar biru.

Sebagai langkah keselamatan, pihak pengurusan menyediakan sarung tangan dan topi keledar bagi memastikan pelanggan tidak mengalami kecederaan.

Antara benda yang dipukul oleh wanita itu ialah televisyen terpakai. - Agensi

sumber berita : Kosmo


Lagi gambar-gambar suri rumah melepaskan geram. TV menjadi objek popular lepaskan geram.









Baca seterusnya...

Spyshot Proton Exora Turbo??

Tuesday, July 20, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Proton dikatakan akan mengeluarkan model Proton Exora Turbo. Bagaimanapun, bila tarikh sebenar model itu akan dikeluarkan dan bagaimana rekabentuknya, masih menjadi tanda tanya.

Mungkinkah gambar-gambar di bawah ini adalah proton Exora turbo??



hhmmm... sekali tengok macam Toyota Caldina pun ada.




Kereta misteri tersebut lebih rendah dari proton Exora. Adakah ianya model kereta proton yang baru? hmmm..


sumber gambar : paultan.org (thanks)



Baca seterusnya...

Macam-Macam Jenis Cawan

Tuesday, July 20, 2010 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pagi-pagi begini memang syok jika dapat pekena kopi o sambil buat keje kan. Kopi tersebut mungkin lebih sedap dan anda nampak lebih cool jika anda mempunyai cawan-cawan kopi seperti gambar-gambar di bawah. Tapi 3 gambar terakhir tu macam tak sesuai jer untuk dijadikan cawan.hehe sengihnampakgigi













Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik