6.05.2010

Video MV Rachel Corrie Ditawan Israel Laknatullah

Dilaporkan, MV Rachel Corrie, yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah ditawan oleh Pasukan Pertahanan Isreal (IDF) kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia). Setelah ditawan, Kapal Rachel Corrie itu diarahkan ke pelabuhan Ashdod untuk pemeriksaan keselamatan. Difahamkan tiada insiden buruk berlaku ketika proses penawanan dan semua anak kapal MV Rachel Corrie dilaporkan selamat.

Video dibawah ini yang tersebar di youtube menunjukkan tentera IDF Israel laknatullah menawan kapal Rachel Corrie.







Baca seterusnya...

Lagu Tema Lagenda Budak Setan Bila Cinta - Fili



Lagu tema untuk filem Lagenda Budak Setan bertajuk Bila Cinta dinyanyikan dua versi oleh Gio dan Fili, dua penyanyi baru Indonesia. Lirik lagu Bila Cinta dihasilkan oleh Gio dan Benyamin, berdasarkan plot dan perwatakan cerita. Ia diadun selaras dengan emosi dan pergolakan watak dalam filem Lagenda Budak Setan.

Lirik lagu Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan) - Fili

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Artist : Fili (Filianti Vlee)
Song : Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

sumber lirik : keiroro.com (thanks)



Baca seterusnya...

MV Rachel Corrie Ditawan Israel ??


Benarkah MV Rachel Corrie yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sudah ditawan pihak Israel?

Jika merujuk media online (Utusan Malaysia, Berita Harian, mStar Online) , semuanya memberikan maklumat bercanggah. Ada yang mengatakan Rachel Corrie sudah ditawan dan ada yang mengatakan Rachel Corrie bakal tiba di Gaza jam 2 petang ini waktu Malaysia. Tak tahu mana satu yang betul. Diharap MV Rachel Corrie tiba ke destinasi dengan selamat.

SMS Mathias sebelum kapal Malaysia ditawan Israel

05/06/2010 2:25pm

KUALA LUMPUR 5 Jun - Berikut adalah mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Utusan hari ini daripada salah seorang daripada dua anggota Malaysian Perdana Global Peace Organisation (PGPO) , Mathias Chang di atas kapal MV Rachel Corrie.

9.30 pagi (waktu Malaysia) - Tiga boat tentera Israel kini mengekori kapal MV Rachel Corrie.

10.30 pagi - Boat-boat tentera Israel memecut ke arah kapal kami. Kami diminta bertenang

10.35 pagi - Mereka (tentera Israel) telah menyekat radar kami.

Itu merupakan kali terakhir kapal MV Rachel Corrie dapat dihubungi. - Utusan





Baca seterusnya...

Imam Muda Episod 2

Saturday, June 05, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Semalam berakhir sudah rancangan realiti Imam Muda episod 2 yang ditayangkan di ASTRO Oasis. Dalam episod 2 kali ini, imam muda diberi tugasan yang bertemakan kelahiran. Mereka juga turut menemuramah remaja-remaja yang telah insaf yang dulunya pernah terlibat dalam masalah sosial. Kemudian mereka turut membuat pembentangan kepada orang awam.

Imam muda adalah sebuah rancangan realiti di mana setiap minggu akan ada penyingkiran. Episod 1 menyaksikan tiada penyingkiran. Manakala episod 2, hampir ada penyingkiran setelah Imam muda Nuri & Imam muda Azhar berada dalam kedudukan terendah. Bagaimanapun Mudir tidak membuat sebarang penyingkiran lagi. Bagi aku ia satu tindakan yang baik kerana mereka dapat meneruskan lagi pembelajaran dalam imam muda.

Disini aku paparkan video Imam Muda Episod 2 dari youtube yang diupload oleh saudara iamyiwern. Thanks :D













Kredit : iamyiwern (thanks :D)



Baca seterusnya...

Hukuman Keatas Perogol Di Somalia (18 SG)

Saturday, June 05, 2010 by Mr PenyuBiru · 6 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Amaran: Entri ini mengandungi gambar-gambar yang mungkin tidak sesuai untuk ditatap oleh anda. Pertimbangan sewajarnya ketika melayari entri ini adalah digalakkan.

Menurut sumber (emel), gambar-gambar di bawah ini adalah cara orang Somalia menghukum perogol. Lelaki yang ditanam separuh badan di dalam lubang tersebut dipercayai perogol. Selepas selesai di tanam, perogol tersebut dihukum dengan orang ramai membaling batu ke arahnya sehingga mati.






Baca seterusnya...

6.04.2010

Staff Stesen BHP Punca Kematian Pelajar ?

Friday, June 04, 2010 by Mistaken Identity · 6 comments Baca seterusnya!
Labels:

Hari ini dekat facebook tersebar cerita tentang seorang lelaki yang begitu marah dengan staff BHP stesen Cheras. Ianya berpunca dari tindakan staff tersebut yang tidak mahu meminjamkan pemadam api kepada lelaki tersebut.

Lelaki tersebut sebenarnya mahu menolong seorang mangsa kemalangan yang tersepit di dalam kereta yang sudah mula terbakar tidak jauh dari stesen BHP tersebut. Sekurang-kurangnya, jika lelaki tersebut berjaya mendapatkan pemadam api, mungkin mangsa kemalangan tersebut dapat diselamatkan. Tetapi yang berlaku sebaliknya, staff BHP tersebut berkeras tidak mahu meminjamkan pemadam api even lelaki tersebut mahu membayarnya dan menghulurkan kad pengenalannya kepada staff tersebut. Akibatnya, mangsa kemalangan tersebut tidak dapat diselamatkan dan hangus terbakar.

Luahan perasan lelaki tersebut di dalam facebook mendapat perhatian dari semua pihak dan turut keluar dalam thestar.com.my.



Ikuti cerita daripada lelaki tersebut,

FUCK BHP!!!!! FUCK BHP!!! why? let me tell you!!

this morning approx 3.20am, at Cheras Tmn Pertama roundabout,

saw a freak accident, involving a Vios, Myvi and a Lorry.

im one the first badge who arrive, mean it just happen maybe seconds ago.

Vios believe to be turtle and badly damaged. When im passing by the vios, rear passenger started to pull out the front driver and front passenger.

then when i pass the Myvi, the car was totally sardine. Heard one girl was yelling cos piined inside. I stop my car then run towards the myvi to offer a hand while calling 999 emergency line to request for ambulance and bomba.

then saw fire spark at the engine bay of myvi. while still on the phone with emergency line to provide more details, i run back to my car and drive to BHP station which is just less than 500m away from the scene.

then i request for the fire extingusher from the attendant which is kept inside. There was 4 extingusher on the ground. But the attendant refuse to pass to me.

the BHP attendant claimed dat the door cant be open.

then i shout at him, i need it! i want it! someone is pinned inside the car and its started to burn!

then the BHP attendant keep repeating he kenot borrow and open the door.

then i was like WTF! if ur kiosk is burning can u come out? then he replied yes.

then he still say he kenot open the door. Then he say his boss wont allowed to borrow. WTF!!!

then i started to amuk kicking the kiosk and punching the glass of the kiosk.

i even throw my IC to him say that if im dun return u report police.

i saw i borrow.. if i use it i will pay for it. then he keep on just smile at me.

then he ask another partner to come out. Then i start shouting and yelling at them with bad words saying dat if the girl dies you two are the murderer.

then the 2nd BHP attendant shout back at me.

i demand for their names, i told them i would complain bout them,

then the 2nd attendant copy down my number plate and said that all my acts been recorded on CCTV and he gonna report to police tumoro. I challenged him.

then i drove off back to the scene.. the car was totally burning and the poor girl was burn alive inside.

then i spoke to the Bomba and PDRM how many casualties was inside. they told me one girl.

Then i spoke to PDRM about the incident happen in BHP.. then the policemen also scold with anger WTF with them.. if i could get the fire extingushier.. the girl might be saved.

then the Policemen ask me to go police station to report a cover about the BHP, and he assured me that the stupid BHP wont get to report on me.

Personally i would like to ask, how much does 4 fire extingusher cost? isit more expensive than a life?

would like to ask the BHP petrol station’s boss! u cant afford to lose 4 fire extingusher then u better closed down your station!!!! Fuck you boss!!!!

and this is to BHP MALAYSIA!! seens your procedure to keep all safety gadget inside the kiosk… if anything happen during refueling… is your attendant gonna open the door to help? seens he claimed that the door cant be open after hours??

FUCK YOU BHP!!! FUCK YOU!!!

i personally from now on will boycott BHP… i dont know how about you all!!!

gonna give BHP HQ a call tumoro… see what the fuck will they say about this kind of safety measurement they have!!!!!

for the two BHP attendant!!! you are the murderer!!!!!

sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=121923751176825


ini pula jawapan dari Pengarah Urusan BHP,

BH Petrol’s managing director Tan Kim Thiam, when contacted, expressed regret over the incident at one of their petrol stations.

He said robberies were common in those hours.

“The staff were concerned and did not respond to the request as they could not see the accident,” said Tan, who declined to comment further. - thestar


Aku harap kejadian sebegini tidak berulang lagi. Apalah sangat nilai pemadam api tersebut jika hendak dibandingkan dengan nilai nyawa manusia. Lagipun, takkan situasi kecemasan dan situasi rompakan tak dapat dibezakan.


p/s : Sekarang ni banyak sangat kemalangan yang berakhir dengan kebakaran. Ada pendapat mengatakan ianya berpunca dari menggunaka petrol RON95. Pihak yang bertanggungjawab harus mengkasi perkara ini sebelum makin banyak nyawa yang melayang akibat kebakaran kereta.


Baca seterusnya...

Video Sesumpah Tukar Kaler Mengikut Persekitaran

Friday, June 04, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video ini menunjukkan bagaimana sumpah-sumpah atau sesumpah (camouflage lizard) menukarkan warna badannya mengikut cermin mata. Bila diletakkan cermin mata hijau, sesumpah itupun menukarkan badannya menjadi warnah hijau perlahan-lahan. Subhanallah...





Baca seterusnya...

Pelbagai Aksi Penyokong Serata Dunia

Friday, June 04, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Selain dari melihat aksi pemain di pentas sukan, aksi penyokong juga tak kurang hebatnya. Kadang-kadang aksi diorang lebih ekstrem dari pemain. Piala Dunia 2010 semakin hampir, tentu pelbagai ragam penyokong dapat kita saksikannya nanti.

Gambar-gambar di bawah aksi penyokong dengan pelbagai ragam. Kita ni orang timur tak payahlah ikut kut.







kredit : collegehumor

Baca seterusnya...

6.03.2010

Video Pembantu Rumah Meludah Dalam Masakan

Video di bawah ini adalah rakaman CCTV yang dipasang oleh majikan pembantu rumah tersebut. Apa yang mengejutkan dalam rakaman CCTV tersebut (bukan aksi seks pembantu rumah yer), pembantu rumah Filipinan tersebut meludah beberapa kali dalam masakan yang dimasaknya. Masakan tersebut adalah untuk hidangan majikannya. Yark!

Difahamkan pembantu rumah tersebut berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan majikannya. hoho...

Moga majikan-majikan diluar sana mengambil iktibar dari kejadian ini dan berhati-hati dengan pembantu rumah anda. Kalu boleh pasang CCTV. :D





sumber video : Buletin Utama 31 Mei 2010 (portal tv3.com.my)




Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Selagi Ada Rindu – Pak Long



Klip Video Lagu Selagi Ada Rindu – Pak Long





Lirik Lagu Selagi Ada Rindu – Pak Long

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang

Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan

Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana

Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

sumber : selangor2u.com



Baca seterusnya...

Selain Syampo Bawang, Syampo Chile pun ada

Thursday, June 03, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Nampaknya bukan nama bawang sahaja digunakan sebagai nama produk syampo, tapi nama cili pun turut digunakan. Tapi kenapa nama-nama tersebut digunakan untuk produk syampo. Agak tak masuk akal juga kan. Tapi yang pasti, ramuan syampo tersebut bukan daripada cili. Kalu betul, boleh berapi kepala anda nanti. hehe..







sumber : www.ilsul6ana.com


Baca seterusnya...

Gambar 12 Rakyat Malaysia Mavi Marmara Yang Terselamat

Thursday, June 03, 2010 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:

Jurukamera Astro Awani, Shamsul Kamal Latif (depan, tiga dari kiri) dan 11 lagi rakyat Malaysia tiba di Amman, Jordan Rabu selepas dibebaskan oleh Pasukan Pertahanan Israel. Ketibaan mereka diiringi oleh Duta Malaysia di Jordan Datuk Abd Malek Abd Aziz (depan, empat dari kiri) dan disambut oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Jordan termasuk Setiausaha Pertama Wong Chia Chiann (depan kanan). Mereka berada di atas kapal Mavi Marmara, yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang Israel pada Isnin. - Foto BERNAMA

Difahamkan proses membawa pulang 12 Rakyat Malaysia sedang diusahakan. Mereka juga akan disambut sebagai wira sebaik tiba di Malaysia nanti.

Baca seterusnya...

6.02.2010

Kawasan letak kereta Stesen LRT Gombak ditutup sementara

Wednesday, June 02, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Petaling Jaya, 1 Jun 2010:- Pembinaan tempat letak kereta bertingkat yang akan menyediakan lebih 1,200 petak letak kereta di Stesen Gombak akan bermula 3 Jun ini.

Berikutan itu, kawasan letak kereta Stesen Gombak akan ditutup sementara untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan tempat letak kereta bertingkat dijalankan.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Ebi Azly Abdullah berkata penutupan kawasan letak kereta ini perlu bagi membolehkan kontraktor memulakan kerja-kerja membina tempat letak kereta baru bertingkat.

Pembinaan letak kereta bertingkat ini dijangka memakan masa selama setahun dan bakal menyediakan 1,260 petak letak kereta berbanding hanya 351 ruang sedia ada.

Sepanjang tempoh penutupan, kemudahan tempat letak kereta sementara akan disediakan berhampiran dengan tempat letak kereta sedia ada.

Ebi berkata pembinaan tempat letak bertingkat ini adalah salah satu usaha Prasarana untuk menaiktaraf infrastruktur di stesen-stesen LRT dengan menyediakan lebih banyak ruang letak kereta bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat.

Ketika ini, RapidKL menyediakan lebih 3,000 petak letak kereta di 18 stesen LRT. Stesen Paramount dan Stesen Kelana Jaya merupakan dua stesen yang melaksanakan sistem Park & Ride yang menggunakan kad Touch 'n Go sepenuhnya.

sumber : rapidkl.com.my





Baca seterusnya...

Senarai Pemain Skuad England Piala Dunia

Wednesday, June 02, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Piala Dunia 2010 hanya tinggal beberapa hari lagi. Kebanyakkan negara masih belum mengeluarkan senarai rasmi pemain-pemain mereka untuk beraksi pada piala dunia nanti.

Terbaru, Jurulatih England, Fabio Capello telah menyenaraikan 23 pemain dalam skuad England untuk Piala Dunia 2010.

Senarai skuad England tersebut ialah:

Penjaga gol: Robert Green (West Ham United), Joe Hart (Manchester City), David James (Portsmouth).

Pertahanan: Jamie Carragher (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Liverpool), Ledley King (Tottenham Hotspur), John Terry (Chelsea), Matthew Upson (West Ham United), Stephen Warnock (Aston Villa).

Tengah: Gareth Barry (Manchester City), Michael Carrick (Manchester United), Joe Cole (Chelsea), Steven Gerrard (Liverpool), Frank Lampard (Chelsea), Aaron Lennon (Tottenham Hotspur), James Milner (Aston Villa), Shaun Wright-Phillips (Manchester City).

Serangan: Peter Crouch (Tottenham Hotspur), Jermain Defoe (Tottenham Hotspur), Emile Heskey (Aston Villa), Wayne Rooney (Manchester United).

Bagi peminat Beckham (terutamanya pompuan,atau mungkin juga lelaki) tentu kecewa kali ini kerana Beckham tidak dapat beraksi pada Piala Dunia 2010 kali ini kerana masih tidak pulih dari kecenderaan yang dialaminya.




Baca seterusnya...

MET-R BMW X6 Interceptor - Video & Gambar

Wednesday, June 02, 2010 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:


Russian Tuner MET-R has released a program for the BMW X6, called the Interceptor. The package is available in two versions; base and carbon.

It includes a new front bumper, a revised grille, a rear spoiler, a rear diffuser, modified side sills, wheel arch extensions and massive BBS wheels.







Video MET-R BMW X6 Interceptor


credit : www.gtspirit.com

p/s : fuhh! mantap giler! kaler hitam mati tu.


Baca seterusnya...

6.01.2010

Rombakan Kabinet Malaysia 2010. Kuatkuasa 4 Jun Ini

Baru tadi Utusan Online melaporkan yang Datuk Seri Najib telah membuat rombakan kabinet dan telah mengumumkan senarai kabinet barunya petang tadi.

Seperti yang telah ku duga, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari senarai kabinet Malaysia 2010. Mungkin kerana beliau sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam MCA akibat kekalahannya dengan Datuk Chua Soi Lek baru-baru ini. Menteri Pengangkutan baru diberikan kepada Datuk Seri Kong Cho Ha iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Setiausaha Agung MCA.

SENARAI ROMBAKAN KABINET MALAYSIA 2010:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D’cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

sumber : Utusan Online

p/s : Kepada mereka yang nak terlibat dalam temuduga kerajaan, kena hafal semulalah senarai kabinet baru Malaysia. :D
Baca seterusnya...

Rombakan Kabinet Malaysia 2010 Esok?


Kabinet Malaysia 2010 bakal mengalami rombakan. Menurut desas desus kemungkinan Najib akan membuat rombakan kabinet petang esok sejurus sebelum beliau berangkat ke Laos.

Kenapa besok? Kerana hari rabu adalah hari di mana jemaah menteri bersidang. Kebiasaannya sebelum kabinet bersidang, Perdana Menteri dijadualkan terlebih dahulu menghadap sembah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebarang perubahan dalam barisan jemaah menteri memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Ada kemungkinan hanya rombakan kecil sahaja.

Beberapa teka teki tentang rombakan Kabinet Malaysia 2010 yang baru tersebut :-

  1. MCA tidak memohon untuk mengubah senarai wakil mereka di dalam kabinet.
  2. Mungkin apa yang bakal berlaku ialah perubahan dari segi potfolio kerana ia adalah prerogatif perdana menteri.
  3. Seorang atau dua menteri dari kalangan Umno akan sama ada bertukar potfolio atau digugurkan.
  4. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang beberapa bulan lalu terpaksa menjalani rawatan yang berpanjangan akan diberikan kementerian yang kurang 'stres'.
  5. seorang menteri kanan akan digugurkan
  6. seorang lagi tenaga profesional sama seperti Idris Jala ke dalam kabinet khususnya untuk mengurus ekonomi dan isu berkaitan subsidi.
  7. nama-nama seperti Ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini sudah pun menjadi timbalan menteri malah Ezam M Noor yang baru sahaja dilantik sebagai senator kemungkinan besar disenarai pendekkan oleh Najib.
  8. pelantikan Datuk G. Palanivel sebagai senator bulan lalu turut menimbulkan persoalan sama ada beliau akan dilantik semula sebagai seorang timbalan menteri.
  9. Terdapat juga desas desus mengatakan dua orang naib presiden MCA yang baru akan turut mengisi jawatan timbalan menteri. Antara yang disebut-sebut ialah Datuk Donald Lim yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai senator.


sumber : mStar Online

Baca seterusnya...

Syarikat Swasta Patut Tiru Idea Ini Untuk Perokok

Tuesday, June 01, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berkuatkuasa hari ini, semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat di sektor swasta digazetkan sebagai kawasan larangan merokok selaras dengan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sedangkan di tempat awam pun perokok main belasah jer tanpa pendulikan orang lain, inikan pula di pejabat.

Idea dibawah mungkin sesuai untuk diaplikasikan di pejabat anda jika perokok selamber jer merokok jugak dalam pejabat. :D



Baca seterusnya...

Orang Lain Jom heboh, Mereka Jom Ragut

Tuesday, June 01, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh tersungkur ke tanah jua. Apabila berita penangkapan ini didedahkan, baru aku tau rupanya ada sindikit yang meragut pengunjung yang datang ke karnival Jom Heboh. Terpikir aku macamana mereka ini meragut.

Difahamkan modus operandi mereka adalah mengunjungi karnival-karnival yang besar seperti Jom heboh. Mereka bergerak secara kumpulan. Sasaran mereka adalah kanak-kanak yang memakai barang kemas. Salah seorang dari mereka akan melanggar ibu atau bapa kanak-kanak itu dan seterusnya berpura-pura meminta maaf. Dalam masa yang sama seorang lagi geng peragut tersebut bertindak pantas memotong barang kemas yang dipakai kanak-kanak tersebut dengan pemotong. Setelah barang kemas itu berjaya dipotong, dengan pantas peragut itu menyerahkan barang kemas tersebut kepada kawannya yang lain pula yang sedia menunggu dan terus beredar dalam lautan orang ramai. Mereka ini mempunyai kepakaran memotong barang kemas dengan pantas walaupun ketika berjalan. Hebat!


So kepada mereka yang mempunyai anak perempuan dan memakai barang kemas. Berhati-hatilah.

Petikan berita dari Utusan Malaysia (Online) 1 Jun 2010,

KANGAR 31 Mei - Sekumpulan lelaki dan wanita ini sanggup datang jauh dari Sabah semata-mata untuk menghadiri Karnival Jom Heboh yang diadakan di seluruh Semenanjung.

Namun kumpulan yang terdiri daripada 12 lelaki dan 13 wanita, berusia antara 18 dan 46 tahun ini bukan untuk berhibur tetapi bagi tujuan meragut.

Itulah dilakukan oleh mereka yang menjadikan tempat tumpuan awam sesak seperti karnival tersebut sebagai lokasi melakukan jenayah itu.

Namun tindakan itu akhirnya terbongkar apabila polis menahan mereka di tapak karnival terbabit dan serbuan di sebuah hotel di sini, kelmarin dan semalam.

Empat daripadanya ditahan di tapak karnival itu kelmarin, manakala bakinya di hotel berkenaan yang dijadikan tempat untuk mengumpul hasil ragut.

Ketua Polis Perlis, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 11 utas rantai tangan serta kaki, loket (14 unit) rantai leher (39 utas) dan 80 gram emas bernilai RM26,500 dirampas.


Katanya, selain itu satu alat penimbang barang kemas, kalkulator dan kanta pembesar yang disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut.




Menurutnya, siasatan mendapati ahli kumpulan terbabit menyasarkan kanak-kanak yang memakai barangan kemas seperti gelang dan rantai.

"Suspek kemudian akan 'melanggar' ibu atau bapa kanak-kanak itu sebelum berpura-pura meminta maaf. Ketika itu, seorang rakan suspek bertindak memotong barang kemas milik anak mangsa dengan gunting.

"Suspek lalu mengedarkannya (barang kemas) kepada rakan lain sebelum mereka melarikan diri.

"Ahli kumpulan itu memiliki kemahiran memotong barang kemas dengan pantas, malah sewaktu mangsa berjalan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam tadi.

Ghazali berkata, polis percaya tiga daripada mereka yang ditahan merupakan pembeli dan dalang kegiatan jenayah tersebut.

Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.





Baca seterusnya...

Senarai Nama Rakyat Malaysia Dalam Mavi Marmara

31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

sumber : lifeline4gaza.com



Baca seterusnya...

Rakaman lintas langsung dari atas kapal Mavi Marmara

Video ini merupakan rakaman lintas langsung dari atas kapal Mavi Marmara di Perairan Cyprus bersama Ust Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif) dan Haji Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal) pada 29 Mei 2010. Video ini ditayangkan di ASTRO Awani.







sumber : lifeline4gaza.org

p/s : Marilah kita sama-sama membaca Qunut Nazilah.

Baca seterusnya...

5.31.2010

Israel Serang Kapal Bantuan Ke Gaza: Nasib Rakyat Malaysia Belum Diketahui



Tindakan kejam dan biadab tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.

Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.

Difahamkan tentera rejim Yahudi telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.

Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.


"Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak," katanya di sini hari ini.

Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani - menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.

Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.

Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.

Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.

sumber : mStar online











sumber : aljazeera blog

Baca seterusnya...

Pelbagai Jenis Spy Kamera

Monday, May 31, 2010 by Mr PenyuBiru · 4 comments Baca seterusnya!
Labels:
Zaman semakin canggih. Dulu kamera besar gedabak. Nak bawak ke hulu hilir pun susah, tapi sekarang tidak lagi. Ada pelbagai bentuk dan menyerupai barangan di sekeliling kita. Namanya spy camera kan, dah tentulah bentuknye perlulah under cover.









Baca seterusnya...

5.30.2010

Imam Muda ( Episod 1 )

Sunday, May 30, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Episod pertama Imam Muda baru sahaja berakhir. Tugasan pertama peserta Imam Muda adalah menguruskan jenazah daripada memandikan jenazah, mengkapankan, solat jenazah, kebumikan dan seterusnya membaca talkin.

Tiada penyingkiran.



















kredit video : iamyiwern (thanks)


Baca seterusnya...

Info Tentang Rancangan Imam Muda Astro Oasis

Sunday, May 30, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.


sumber : mStar Online



Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Rangkaian program-program Imam Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda – Ujian pada 24 dan 25 Mei 2010, Isnin dan Selasa, pukul 6.30 petang akan memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang
sesi uji bakat.

Penonton juga dapat menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih mengikuti kelas dan aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mursyid (mentor) melalui program Imam Muda – Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.55 petang mulai 26 Mei.

Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam program Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam mulai 28 Mei sebanyak sembilan episod.

sumber : manggaonline




Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik