5.29.2010

Jika anda tak gayat, boleh lah cuba

Saturday, May 29, 2010 by Mr PenyuBiru · 4 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bila tengok gambar-gambar di bawah ni, terpikir "diorang tak gayat ke?". Agaknya dah keje mereka kut, gayat ke tak belasah je la...








Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Pelita - A.P.I (Soundtrack Hooperz)

Band A.P.I terdiri daripada Noh (Hujan), Lan (Azlan & The Typewriter), Din Homaove ( Estranged), Imran (OBS), AJ (Pop Shuvit) & LoQue (Butterfinggers). Gabungan dari beberapa ahli band indie. Aku tak pasti apakah maksud A.P.I. Adakah bermaksud Angkatan Pemuda Insaf atau Aku Pemuzik Indie ?? ntahler..

Lagu single mereka yang tengah meletup sekarang adalah Pelita. Lagu ini adalah lagu soundtrack untuk filem Hooperz.


Klip Video Pelita - A.P.I (Soundtrack Hooperz)




Lirik Lagu Pelita - A.P.I (Soundtrack Hooperz)

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,
Tak pernah sesaat aku menyesali
apa yang telah daku nikmati
apa ku alami,
Selagi hayat di kandung badan

KORUS
Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur sayap ku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat daku mencurigai
apa yang telah aku kecapi
setakat ini,
Tiba saatnya aku tangisi pada yang pergi takkan kembali
kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

ULANG KORUS
Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur sayap ku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita

sumber lirik : liriksemualagu.blogspot.com



Baca seterusnya...

E-Majalah KOG Versi 1

Saturday, May 29, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
E-Majalah KOG atau King of Green ini diterbitkan oleh saudara DausPozi di laman blog miliknya dauspozi.com. Apa yang menariknya tentang e-majalah ini adalah salah satu dari entri dalam majalah itu adalah datangnya dari blog carca-marba (blog ni la tu) . Itu jer aku nak bagitau. :D
(klik gambar untuk ke e-majalah tersebut)

p/s : Thanks kepada saudara Dauspozi kerana sudi memasukkan blog ini dalam e-majalah tersebut. :D


Baca seterusnya...

5.28.2010

Julia Gnuse, Wanita Paling Banyak Tatu Di Dunia

Friday, May 28, 2010 by Mistaken Identity · 5 comments Baca seterusnya!
Labels:


NEW YORK - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Julia Gnuse mencipta rekod dunia Guinness World Records apabila dia memiliki tatu paling banyak di tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang menetap di Foothill Ranch, Lake Forest, California menghadiri pesta buku di sini kelmarin dengan menunjukkan 95 peratus tubuhnya dipenuhi tatu termasuk lukisan hutan dan kartun sehingga menampilkan wajah pelakon terkenal.

Menceritakan kenapa dia mempunyai banyak tatu, Julia berkata, pada mulanya dia membuat tatu di kakinya yang mengalami penyakit kulit melepuh apabila terdedah pada cahaya matahari.

Dia kemudian bertatu di perut, lengan dan belakang badan.

Menurutnya, dia kemudian menjadi seorang wanita yang ketagih tatu. - Agensi

sumber berita : Kosmo online

Giler aaa minah salleh ni...

Lagi gambar seterusnya...






sumber gambar : news.sky.com

Baca seterusnya...

Gambar Terbaru Masjid As Sahabah, Bosnia

Ini adalah gambar terbaru Masjid As Sahabah, Bosnia yang aku ambil di blog dermamasjid.blosgpot.com. Maklumat terbaru tentang perkembangan masjid ini boleh didapati di blog tersebut. Maklumat tentang bagaimana caranya untuk anda menghulurkan derma bagi membantu pembinaan masjid tersebut juga ada terdapat di blog tersebut.

Sabda rasulullah s.a.w...bermaksud
1. "Perliharalah diri mu dari api neraka, walau pun hanya dengan -kebajikan pahala sedekah-separuh buah kurma sahaja"

2. "Ada di kalangan kamu yang bersedekah dengan kadar sebiji kurma sahaja dari harta yang halal/baik, dan Allah pula tidak menerima kecuali dari harta yang halal/baik. Maka Allah akan letakkan sedekah tadi di dalam 'tapak tanganNya' -(yang tiada sebanding/serupa dengannya sekali-kali). Lalu Allah pasti akan suburkannya seumpama seseorang dari kamu membela/menternak anak kuda atau anak unta, lalu sedekah tadi digandakan Allah sehingga menjadi sebesar bukit"

Mudah-mudahan semua amalan kita akan diberkati Allah dunia dan akhirat....Amin!

- dermamasjid.blosgpot.com.



Baca seterusnya...

Laman GengBlogger.com Kena Hack??

Friday, May 28, 2010 by Mistaken Identity · 16 comments Baca seterusnya!
Labels:
update 2.16pm : laman gengblogger.com sudah kembali seperti sediakala. tak pasti pukul berapa ok. siapa yang buat keje-keje hack tu, anda boleh baca di blog syafiq. thanks KakJie.


Cuba anda lihat screenshot dibawah. Screenshot tersebut dicapture pada pagi ini apabila aku memasuki laman gengblogger.com . Keluar satu mesej box berbunyi "Oh! Gengblogger kena hack! -www.ohtidak.com-".

err.. betul ke gengblogger kena hack ni??




captured : 9.11 am (28 Mei 2010)


12:31 PM blog kenwooi.com pulak menjadi mangsa.

captured : 12.31PM (28 Mei 2010)

11:53 AM pengodam atau hacker tersebut menambahkan lagi satu ayat yang berbunyi "Adoi.. ramai pulak yang dok maki aku.. ha ha ha. actually i enjoyed it"


captured : 11.53 am (28 Mei 2010)


10:14 AM pengodam atau hacker tersebut menambahkan lagi satu ayat yang berbunyi "Kenapa semua takleh nak admit yang GB kena hack? bagus sangat ke website ni? lol"



captured : 10.14 am (28 Mei 2010)


Baca seterusnya...

De' Putih Antara Produk Kecantikkan Yang Dirampas


Bagi mereka-mereka yang menggunakan produk kecantikkan jenama De'Putih terutamanya wanita, sila ambil perhatian.

Produk De'Putih didapati mengandungi toksin hydroquinone yang mana boleh mendatangkan kesan sampingan.



Jika dilihat pada label produk De'Putih tersebut, jelas dinyatakan tiada kesan sampingan, tiada hydroquinone dan diluluskan oleh KKM serta mempunyai logo halal. Setelah disiasat, semua yang dinyatakan pada label tersebut satu pun tidak sah. Produk ini diimport terus dari Filipina.

Selain dari produk De'Putih,terdapat juga beberapa produk kecantikkan jenama lain yang dirampas.

1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.
2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.
3- Krim Malam Misha - dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin
4 - Di dalam Set Produk Shadira:
- krim tidak berlabel - dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin
- krim berlabel Pearl - dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin


Info tentang HYDROQUINONE

- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.

Kesan sampingan HYDROQUINONE

- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.

- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.


Info tentang TRETINOIN

- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)

Kesan Sampingan TRETINOIN

- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

Sumber berita : blog ondscene






Baca seterusnya...

Mark Perkins, Kumpul kereta yang diguna dalam filem


Unik betul mamat England ni. Mark Perkins,47 obses dengan kereta-kereta yang digunakan dalam filem-filem terkenal sehingga sanggup membeli dan mengumpulnya sejak 25 tahun lalu. Banyak betul duit dia sehingga sanggup habiskan duit tu dengan membeli kereta-kereta seperti
Batmobile daripada filem Batman, Ectomobile (Ghostbusters), Ford Torino (Starsky and Hutch), Mini 1977 (Mr. Bean) dan Reliant Regal (Del Boy).

Kereta unik daripada filem Flintstones dan Aston Martin DB5 filem James Bond Goldfinger pun dibelinya. huhu..

"Ia hobi yang bagus kerana saya terpaksa pergi ke seluruh dunia untuk mencari kereta itu selama lebih 20 tahun sehingga ruang garaj hampir penuh," katanya. - Agensi

Mark Perkins ni bekerja sebagai pemaju hartanah dan semua kereta-kereta tersebut disimpan di garaj bawah tanah rumahnya di Berkshire dengan mengambil perlindungan insurans sehingga £500,000 (RM2.4 juta).

huhu.. giler aah..

Lagi gambar-gambar kereta-kereta koleksi Mark Perkins...



Batmobile

Noddy's Toyland car

Flintstones car


Aston Martin DB5


Ghostbusters' cadillac


sumber berita : Kosmo
sumber gambar : newslite.tv

Baca seterusnya...

5.27.2010

Adeh! Tulis Main Belasah Jer..

Thursday, May 27, 2010 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Adeh! Tak tahan betul menahan gelak apabila melihat gambar-gambar di bawah ni. Diorang main belasah jer tulis kat papan tanda kat banner kat label. Asal boleh... haih... macam-macam hal..








Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik