5.08.2010

"Sorry PDRM Tersilap Sapu"

Saturday, May 08, 2010 by MR Penyubiru · 4 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tadi tengok Berita 1:30 kat TV3. Kereta Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor yang dicuri tempoh hari telah dijumpai. Kereta tu ditinggalkan pencuri kereta kat Prima Damansara (dekat ngan tempat aku ni), masih dalam keadaan baik dan tiada apa² yang hilang.

Yang aku nak ketawanya adalah, pencuri tu siap tinggalkan nota kat kereta tu. "Sorry PDRM Tersilap Sapu". hehehe... lawak lah plak.

kredit gambar : ondscene

Petikan berita penuh dari MStar Online,


PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu."

Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.

Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.




Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).




Baca seterusnya...

5.07.2010

Blogger diingat tidak jejaskan keharmonian negara

Friday, May 07, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


PETALING JAYA 2 Mei - Media alternatif dan para blogger diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam menyiarkan berita, perbincangan atau pandangan supaya tidak menjejaskan keharmonian negara.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, walaupun kerajaan belum mewujudkan akta untuk mengawal media alternatif tetapi pengendalinya tidak patut menggunakannya untuk memfitnah atau mencaci orang lain.

"Kerajaan pastinya tidak akan teragak-agak untuk mewujudkan akta ini pada suatu hari nanti jika mendapati media alternatif semakin melampaui batas,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan forum bertajuk "Perlukah kerajaan mengawal selia akhbar di Malaysia?" sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Pusat Aktiviti, akhbar Sin Chew Daily di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJM), Norila Daud.

Abu Zahar berkata, sehingga ini keadaan masih terkawal kerana sebahagian besar rakyat masih dapat menapis sendiri dan membuat pertimbangan ke atas maklumat yang diperoleh daripada media alternatif tersebut.

"Sekian lama rakyat berbilang kaum di negara ini hidup dengan aman damai dan kerana itu kita tidak mahu ia terjejas oleh peranan media alternatif ini,'' katanya.

Sementara itu, Norila dalam ucapannya berkata, walaupun akhbar masih diikat kebebasan menerusi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tetapi ia dianggap tidak relevan lagi pada masa sekarang.

"Ini kerana banyak keadaan dan kejadian yang berlaku di sekeliling hari ini akan didedahkan oleh portal berita atau blogger sekiranya media arus perdana enggan membongkarnya,'' katanya.

sumber : utusan online


Baca seterusnya...

Rekabentuk Bangunan Yang Aneh & Unik

Friday, May 07, 2010 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gambar-gambar bangunan berikut amat sukar untuk dipercayai. Ini kerana rekabentuknya yang aneh dan nampak seperti sukar untuk dibina. Tentu pecah kepala kontraktor nak implementasikan apa yang arkitek tu design. hmm...






Baca seterusnya...

General Motors Panggil Balik (recalled) Hummer H3

Friday, May 07, 2010 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
General Motors is recalling 162,000 Hummer H3 SUVs (model year 2006 to 2010) in the US to rectify loose clips on the vehicle’s hood vent louvres. According to the National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), the integral clip-tabs on the louvres may fracture, causing them to rattle against the hood and become loose. If this goes unnoticed, additional clips could fracture and the louvres could fly off the H3. - paultan.org

Maknanya model Hummer H3 yang ada kat Malaysia ni juga termasuk dalam senarai. So, apa kaitannya dengan kita. Secara langsungnya takde kaitan dengan kita (kecuali jika anda pemilik Hummer H3), tetapi jika semasa anda memandu di jalanraya dan ada Hummer H3 di depan anda, elakkan dari berada dekat dengannya. Mana tau kut-kut ada benda yang terbang melayang nanti kena kenderaan anda pula. :D



Baca seterusnya...

Budak tersangkut kerana cuping telinga (telinga macam Nabil kah?)



GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan tempat Ming Ming tersangkut pada palang besi.


BEIJING - Seorang budak lelaki China berusia enam tahun, Ming Ming terselamat daripada jatuh dari flat lapan tingkat di Yichang hanya disebabkan oleh cuping telinganya yang besar menyebabkan dia tersangkut pada palang besi di tepi tingkap, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai cuba menjenguk dari tingkap untuk melihat datuknya yang keluar bekerja pada waktu pagi sebelum dia tergelincir, baru-baru ini.

Namun, Ming Ming bernasib baik apabila kedua-dua belah telinganya tersangkut pada penghadang palang besi menyebabkan dia menjerit dengan kuat untuk meminta pertolongan.


MING MING berdoa semasa dia diselamatkan oleh seorang anggota bomba.


Anggota-anggota bomba kemudiannya bertungkus-lumus menyelamatkan Ming Ming dengan menggunakan sejenis alat pengembang tekanan bagi membesarkan palang besi itu.

Dia berjaya ditarik semula ke dalam rumah tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap pasukan bomba, Wang Shen berkata, usaha menyelamat Ming Ming amat menakjubkan.

Menurutnya, budak itu mungkin terjatuh atau mengalami sesak nafas semasa tergantung di palang tersebut. - Agensi


sumber : kosmo

Baca seterusnya...

5.06.2010

Dapat Letak Kat Laman Rumah Ni Memang Syok

Thursday, May 06, 2010 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:


Cantiklah pula aku tengok design bangku ni. Siap ada payung. Memang sesuai untuk di letak di laman rumah. Sambil perkena pisang goreng & kopi sambil menikmati udara luar yang segar di petang hari. hehe..





Baca seterusnya...

Restoran Dalam Sungai Bersebelahan Air Terjun

Thursday, May 06, 2010 by Mr PenyuBiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:

Cuba bayangkan anda makan di sebuah restoran sambil kaki anda terendam dalam kesejukkan air sungai segar yang mengalir dan halwa telinga anda menikmati deruan air terjun. Menarik bukan.

Semua ini dapat anda alami jika anda berkunjung ke Villa Escudero, San Pablo City, Philippines.

Wah bestnyer....





sumber : hamad-porscheworld.blogspot.com

Baca seterusnya...

Kanak-Kanak Perempuan Magnet Dari Iran

Thursday, May 06, 2010 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:





sumber : bornanews.ir

Baca seterusnya...

5.05.2010

Ini Barulah Spiderman Original

Wednesday, May 05, 2010 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:








Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik