Salah satu tempat yang selalu berlaku kemalangan adalah di kawasan simpang. Tak kiralah simpang tiga tau empat atau lima. Penting untuk pemandu melihat kiri-kanan-dan kiri sebelum keluar dari simpang. Anda boleh saksikan sendiri dalam video di bawah bagaimana kemalangan boleh berlaku dan bagaiman untuk elakkannya.
Percayakah anda, hanya menggunakan handphone milik anda (jika anda ada handphone la), anda mampu memasak bijiran jagung menjadi popcorn.
Samaada anda percaya anda tidak, anda saksikan sendiri beberapa video di bawah (dari youtube) yang memaparkan bagaimana memasak popcorn menggunakan handphone yang berdering.
p/s : haih! ntah betul ke tidak ni. Rasa cam nak try jer. Sape ade bijiran jagung, bak mai skit, aku nak try test uji rashid skit.hehe :D
Dah lama tak dengar cerita pasal Aishah atau Wan Aishah Wan Nawawi iaitu generasi ketujuh Mahsuri.
Cerita terbaru, Wan Aishah atau nama Siamnya ialah Sirintra Yayee sah menjadi isteri kepada Alee Tongyon, 27, seorang usahawan muda industri pelancongan. Dinikahkan sendiri oleh datuk sebelah ibunya, Abdul Karim Dumluck dengan bersaksikan khatib Masjid Kampung Tambon, Kemala di sini Abdul Kadir dan bilal, Rofiq Somsat.
Tahniah diucapkan buat Wan Aishah & Alee.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.
Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.
Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.
Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.
Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.
Pemegang Ijazah Komunikasi Ramkamseng Universiti Bangkok akan memenuhi impiannya menjadi wartawan walaupun setelah bergelar isteri.
Aku terjumpa satu video di youtube tentang tips apabila menghadapi situasi di mana tiba-tiba tayar kereta anda meletup ketika memandu di jalanraya atau lebuhraya. Situasi akan menjadi lebih bahaya sekiranya tayar hadapan kereta anda meletup.
Diharap video ini dapat menambahkan ilmu kita tentang teknik yang betul apabila situasi tersebut berlaku. Yang penting jangan panik.
Jika hendak senaraikan destinasi impian aku, memang banyak. Semua tempat nak pergi. Kalau boleh semua tempat yang tersenarai dalam jadual penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) aku nak pergi. Hehe..
Kata orang memasang angan-angan memang mudah tapi untuk merealisasikannya tidak semudah yang diangankan. Untuk itu, destinasi impian aku (yang aku rasa mampu direalisasikan dalam tahun ini InsyaAllah) ialah melancong ke Universal Studio Singapore!
Buat apa pergi jauh hingga ke Hollywood mahupun Japan jika kita mempunyai pilihan yang terdekat. Lagipun jika memilih tempat yang jauh tentu memakan kos yang tinggi. Kan lebih baik dengan kos yang sama kita dapat membawa seramai yang mungkin ke tempat yang sama juga Cuma lebih dekat. Lagipun pergi ke tempat seperti Universal Studio, lagi ramai lagi meriah. Lagi ramai ahli keluarga yang turut serta lagi meriah dan seterusnya menambahkan lagi hubungan antara sesama ahli keluarga.
Universal Studio memang sesuai untuk semua golongan peringkat umur. Dari yang kecil hingga dewasa. Setiap dari mereka tentu mempunyai watak dari Universal Studio idaman mereka. Tentu seronok apabila melihat anak-anak teruja bergambar dengan watak superhero kesayangan mereka.
Semua ini dapat direalisasikan dengan cepat dan mudah dengan MasTraveller.com ! Banyak tips-tips tempat perlancongan menarik terdapat di laman MasTraveller.com. Harga tiket yang ditawarkan juga menarik dan tertarik dengan pakej yang begitu menjimatkan. Dengan MasTraveller.com, anda tidak akan pening kepala lagi memilih destinasi impian anda. Selamat bercuti-cuti ke seluruh Negara! :D
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com
Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 PROTON pada tahun ini, PROTON telah mengadakan peraduan The Saga Snap & Win Photo Contest.
Dengan hanya menghantar sekeping gambar kereta Proton Saga, anda mungkin berpeluang membawa pulang wang tunai RM25,000 !
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, peraduan tersebut bertujuan mengembalikan nostalgia yang mungkin menyentuh hati peminat model itu sejak ia diperkenalkan di pasaran sehingga versi terkini atau mengimbau pengalaman indah pemiliknya yang mempunyai nilai sentimental.
Inilah dia gambar anak perempuan Ajai (Komposer dan penyanyi terkenal) hasil perkahwinan keduanya dengan Norliza Mohamad Ilias. Diberi nama Danisha, dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh.
Danisha lahir dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan kedua saya ini lahir dengan selamat dan sihat. Saya terlalu gembira dan teruja, tidak tahu hendak digambarkan perasaan saya ketika ini," ujarnya.
Percaya atau tidak, lift ini terletak di dalam Aquarium. Menurut emel, lift dalam aquarium tersebut terletak di salah satu hotel di Jerman. Wow! memang amazing!
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
FIRST DRIVE: 2019 Mazda CX-8 CKD – from RM180k
-
The locally-assembled Mazda CX-8 was just recently launched in Malaysia,
and it’s available in four flavours. Kicking off the range is the 2.5G 2WD
Mid (...
Switzerland – Nak Tinggal Kat Mana?
-
Bila dah ada Swiss Travel Pass, tak susah nak ke mana-mana dalam
Switzerland. Kebanyakan tren sampai tepat pada masanya dengan jaringan
pengangkutan awam y...
Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik
-
Dengar je teknologi makanan mesti orang tanya “eh belajar memasak ke?”
Teknologi Makanan ni belajar tentang fizikal, biological dan chemical
komposisi maka...