4.17.2010

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Saturday, April 17, 2010 by Mr PenyuBiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:


Aku terima emel tentang Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Mulanya aku ingat tipu jer, lepas tu aku buat searching kat google dan jumpa beberapa maklumat tentang Melaka Wonderland Theme Park & Resort ni.

Melaka Wonderland, one of Malaysia largest family water parks, is located just 15 minutes from the Ayer Keroh Exit TOL. It just takes one and a half hours South of Kuala Lumpur and a two hours drive from Singapore is rich in history, culture. - Melaka Wonderland FanPage


Sebab di Melaka pun lepas ini dah ada taman tema air sendiri (Wonderland Theme Park Melaka). Tempat memang strategik iaitu di laluan keluar masuk Melaka.

Yang pastinya orang-orang Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka paling beruntung. Sebab? Sebabnya…alahai dekat sangat. Jalan kaki pun boleh. Dah sampai sana pun dah berpeluh-peluh kan? Keringkan badan sekejap, kemudian boleh terus mandi-manda di Wonderland Theme Park Melaka.

  • Wonderland Theme Park Melaka yang bernilai RM32 juta terletak Taman Botanikal Garden telah dibiayai pihak swasta
  • Boleh menampung 4,000 orang pada satu-satu masa.
  • Taman tema air Melaka ini dikatakan mempunyai 28 permainan. Banyak bukan?
  • Harga tiket? Tunggu…nanti saya akan update!!

Wonderland Theme Park Melaka yang terletak di Taman Botanikal Garden ini berkeluasan 23 ekar dijangka akan dilengkapi pelbagai permainan air seperti ‘tornado’, wave pool, lazy cum crazy river dan sebagainya. Taman Tema Air Melaka ini akan mula beroperasi pada 15 April 2010 ini. Nantikan orang Melaka!! - MelakaDaily.com


Wah! macam menarik jer ni. Katanya beroperasi 15 April 20101, tapi macam takde apa² berita pun. hmm..maybe diorang postpone kut.

Tak sabar nak bawak famili pi di sana. :D












Baca seterusnya...

4.16.2010

Video,Lirik Lagu Susun Silang Kata - Aizat




Lirik Lagu Susun Silang Kata Aizat

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

sumber lirik : anizyn.blogspot.com







Baca seterusnya...

Gambar "Tuan Muda" , Zul Ariff Abdullah

Friday, April 16, 2010 by Mistaken Identity · 8 comments Baca seterusnya!
Labels:


Jumaat lalu, pelajar itu ditahan polis kerana menyamar sebagai kerabat diraja Pahang bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem PLKN di negeri ini.

Pelajar terbabit menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang dengan memakai gelaran 'Tuan Muda'.

Bagaimanapun, penyamaran remaja itu terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang, Cherating di sini yang juga rakan sekolahnya mengetahui identiti sebenarnya.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan seorang pelajar cemerlang yang menyamar sebagai 'Tuan Muda' sekiranya dia memohon maaf dan membuat akujanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.

sumber : utusan online


Baca seterusnya...

Yark!! Apa Benda Dalam Kotak Milo Ni??

Friday, April 16, 2010 by Mr PenyuBiru · 15 comments Baca seterusnya!
Labels:
Amaran!! Entri ini mengandungi gambar-gambar yang mungkin boleh menyentuh sensitivi organ percernaan korang. Pertimbangan yang sewajarnya amat digalakkan. Dinasihatkan diletakkan satu baldi kosong disebelah anda untuk menghadapi sebarang kemungkinan.



Bersedia atau tidak, lihat sahaja gambar seterusnya!


p/s : Dapat dari emel. Tak pasti kesahihannya. Samaada "bende" tu berada semasa atau selepas kotak itu dibuka, itu aku tak pasti. Kesulitan amat dikesali. :D



Baca seterusnya...

4.15.2010

Video Paul Steiner berdiri atas sayap glider di udara

Thursday, April 15, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

VIENNA - Seorang peluncur Austria, Paul Steiner melakukan satu aksi lagak ngeri apabila dia duduk di atas sebuah pesawat glider di udara yang bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Aksi itu dilakukan oleh pasukan peluncur udara Red Bull yang terbang pada ketinggian 2,100 meter dengan melintasi kawasan pergunungan bersalji di Styria dekat sini baru-baru ini dan ia turut dirakamkan untuk laman perkongsian video YouTube.

Steiner memulakan aksi dengan keluar dari kokpit pesawat dan duduk dan bergayut di atas sayap.

Dia turut berdiri di atas pesawat dan memegang ekor sebuah pesawat yang lain.

Steiner kemudian terjun dari pesawat itu dengan menggunakan payung terjun. - Agensi

sumber : kosmo

Video dari youtube aksi stunt Paul Steiner berdiri atas sayap glider di udara.






Baca seterusnya...

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah

Thursday, April 15, 2010 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
sumber : emel

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan
urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat
terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah
beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur
semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang
dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia
ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai
memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud
saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati
ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin
(medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan
pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah.
Maka bergegaslah ustaz M ke hospital
untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan
ini begitu istimewa pada pandangannya,
kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang
mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital
telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang
pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah
mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya
seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu
jenazah tersebut untuk beberapa hari
bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian
itu barulah segala urusan yang berkaitan
pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M.
Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah
pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah
SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran
rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf,
saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini)
di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.

Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.


"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.

"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.

"Ya, ustaz M bercakap".

"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar
tempohari?", sang suara meminta
kepastian.

"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ",
ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu
sang suara ringkas.

"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa
hari 'pending'.
Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak
mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di
bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital
dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam
tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah
ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ.
Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang
memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut
dengan perlahan-lahan. ..

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga
berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal
sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang
sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan
membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula
pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan
"ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada
perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah
SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut.
Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan
kan?....

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera
sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan
jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja
yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada
rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup
sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa
kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain
daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik,
amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan
bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah.
Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh
rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha
Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT.

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang
meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada
jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada
jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan
ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya
sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus
pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni,
paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang
sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada
menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna.
Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat
Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni,
Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan
sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom
Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini
terdiam....

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya
memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya

Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana
hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor
keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana
yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang
sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah
yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel
yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah,
dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk
ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun
untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin
membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat
setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga
yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang
baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam
yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan
nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di
belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan
tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk
atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan
khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun
meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,
ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat
beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan
peliknya?... .

Ya,

Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih
mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.
Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz
M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi
sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia
menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...

Subhanallah!

Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah
imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,
Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini
nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur
memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntah
dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat
sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi
bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan
bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya
ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun
dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa
inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada
perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah
pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu
rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah,
perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia
boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha
dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan
sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua'lam.




Baca seterusnya...

4.14.2010

Papan Tanda Yang Kelakar

Wednesday, April 14, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:










Baca seterusnya...

Very Strange & Funny Signs

Wednesday, April 14, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:














Baca seterusnya...

4.13.2010

Dari RM90 Untuk 3 tahun, Kini RM10K Sebulan! Itulah Redmummy.com

Tuesday, April 13, 2010 by Mistaken Identity · 6 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tertarik dengan artikel dalam Harian Metro hari ini "Jadi mewah tulis blog", aku paparkan artikel tersebut disini buat para blogger yang ingin berjaya seperti Redmummy.com.




SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.

Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.





"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.

Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.

"Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.



"Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil," kata Mira.

Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.

"Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang," katanya.

Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.

"Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.

"Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.

"Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.

"Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com," kata Mira.

Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.

Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.

"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.

"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.

Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.






Baca seterusnya...

Rekabentuk Teapot Yang Kreatif

Tuesday, April 13, 2010 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik