1.30.2010

Video,Lirik Lagu Oh Juwita - Nubhan

Saturday, January 30, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,




Nubhan - Oh Juwita

Duhai Juwita
Sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini

Duhai Juwita
Masihkah hancur hatimu
Setelah patah ditinggalkan kekasihmu
Agar aku yang akan selalu temani mengusap tangismu



Chorus
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
Hingga nanti aku akan mati
Akulah lelaki yang bisa menjagamu
Hingga nanti akhir nafasku ini

Duhai Juwita sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini

Tak akan ada lagi
Lelaki yang bisa
Mencintamu seperti ku

Ulang Chorus 2X





Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.







Baca seterusnya...

Jawatan Kosong Pejabat Pembangunan, UiTM (16 Feb 2010)

Saturday, January 30, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
-
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputra Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut secara kontrak

1.Jurutera (Awam) (Gred J41))
2.Jurutera (Mekanikal) (Gred J41)
3.Juruukur Bahan (Gred J41)
4.Penolong Jurutera (Awam) (Gred J29)
5.Pegawai Kerja Akaun (Gred W27)
6.Pembantu Tadbir (Kewangan) (Gred W17)

Muat turun iklan penuh
Muat turun Borang Permohonan

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web Pejabat Pembangunan di http://www.pembangunan.uitm.edu.my atau boleh didapati sendiri di kaunter Pejabat Pembangunan, UiTM Shah Alam. Sila kemukakan permohonan kepada:
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
PENGARAH
PEJABAT PEMBANGUNAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
(U.P.: PENOLONG PENDAFTAR KANAN
Tel:03-5544 2241, 5544 2248, 5544 3333

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Februari 2010.





Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

Video,Lirik Lagu Drama King - Meet Uncle Hussain & Black

Saturday, January 30, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,



Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu




Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat



Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.







Baca seterusnya...

Apa Itu Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ?

Saturday, January 30, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Bagaimana DVT boleh terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, iaitu sisa metabolisme.



Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Antara Simptom - Simptom

Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Pencegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah. Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutamanya di bahagian kaki
3. Elakkan meminum ais
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan

Bisanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru. Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Sumber: http://zulkiplyharun.com


Salah seorang artis terkenal yang menghidap penyakit DVT ini ialah Faizal Tahir.


Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

Video,MP3 & Lirik Lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur – Ana Raffali

Saturday, January 30, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,



Lirik Lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur – Ana Raffali

Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.


Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

Ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untuk
ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.




Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (7 Feb 2010)

Saturday, January 30, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
-

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ini ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi beberapa jawatan kosong. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 7 Februari 2010 (Ahad).

Muat Turun Iklan Jawatan

Muat Turun Borang Permohonan

Muat Turun Surat Permohonan Jawatan







Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

1.29.2010

Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (8 Feb 2010)

Friday, January 29, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
-
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan seperti yang berikut :

Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir (N27)
Taraf Jawatan : Tetap
Tempat : DBP Ibu Pejabat


Muat turun iklan penuh

Muat turun Borang Permohonan

Tarikh Tutup: 8 Februari 2010



Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

Ingatkan Ada Pakaian Dalam Beg Pakaian, Rupa-rupanya..

Friday, January 29, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:









Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

Gambar & Video Alat Berwudhu Automatik Pertama Dunia

Friday, January 29, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri kemudiannya melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.

Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.



Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.

Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu.

Gomez berkata beliau mendapat idea untuk mencipta alat itu sewaktu mengembara menaiki feri di Jordan pada 2006.

"Apabila saya memasuki tandas di dalam feri itu saya melihat kira-kira 40 orang sedang mengambil wudhu di dalam sinki... saya kemudian memutuskan untuk mencari satu kaedah lebih baik dan mereka alat khas untuk umat Islam berwudhu," katanya.

Ia mengambil masa dua tahun untuk Anthony membangunkan alat itu dan membelanjakan lebih US$2.5 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembangunan prototaip.

Gomez, yang merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk itu berkata sewaktu proses pengeringan ia berupaya mengurangkan kos penyelenggaraan dan dapat menghindar umat Islam daripada sakit akibat kesan lembapan dan jangkitan daripada permaidani dan kawasan sekeliling.

Katanya alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

Alat itu, katanya mempunyai ciri-ciri mesra alam dan menjimatkan 1.3 liter air setiap kali berwudhu, bersih dan dapat mengatasi kesesakan di dalam bilik wudhu. -BERNAMA

Lagi Gambar dan Video Alat Berwudhu Automatik







Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.



Baca seterusnya...

1.28.2010

Cara dan Tips mengesan kecacatan rumah baru

Nota : Artikel ini aku dapat dari forward emel. Aku tidak pasti dari mana sumbernya. Jika tuan punya artikel ini sedang membaca entri ini, saya memohon maaf. Tidak berniat untuk plagiat. Sekadar mahu berkongsi info yang bagus ini kepada pembaca disini.

Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air.
1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).
7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik
1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu...
2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci
1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Grill besi atau Geriji
1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besu yang ditanam dan weld ke tingkap..
5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau ceiling (roof) 1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera...
4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air
1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...



ADAB & DOA
=========
1. Boleh baca doa yang biasa tu...

Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri

2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk...
3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribadah kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH..
4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah..
5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..
7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH..
8. Buat kenduri kesyukuran dan jamulah fakir miskin & anak yatim... bukan party nie..
9. Bila nak keluar rumah, semasa nak kunci tu baca bismillahi tawakkal 'alallah dan baca doa nie.. minta Allah lindungi harta kita..




Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.



Baca seterusnya...

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Bintulu (2 & 8 Feb 2010)

Thursday, January 28, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Warga Negara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA):-

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN (GRED W27) - Tarikh tutup:08/02/2010

2. PENOLONG JURUTERA GRED J29 - Tarikh tutup : 01/02/2010

Muat turun borang permohonan

Sila hantar permohonan ke alamat di bawah:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU
IBU PEJABAT BDA
WISMA BINTULU
NO. 1, JALAN KIDURONG, PETI SURAT 55
97007 BINTULU
(U.P.: SEKSYEN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA)



Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (1 Feb 2010)

Thursday, January 28, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
-
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Alor Gajah.

1. JURUUKUR BAHAN GRED J41
2. JURUTEKNIK GRED J17
3. JURUTEKNIK LANDSKAP GRED J17

Muat turun iklan

Muat turun Borang Permohonan

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH
MELAKA

Tarikh Tutup : 1 Februari 2010




Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

Jangan Parking Kereta Anda Sembarangan...

Thursday, January 28, 2010 by Mr PenyuBiru · 6 comments Baca seterusnya!
Labels:








Catcheye. Anda main, kami bayar . Maklumat lanjut baca disini.




Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik