12.01.2010

Tukang Rumah Tertembak Mulutnya Sendiri Dengan Senapang Paku

Wednesday, December 01, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Lelaki ini bernama Victor Benavidez, seorang tukang rumah. Ditangannya itu adalah senapang paku atau nail gun, digunakan untuk memaku kayu dengan hanya menembak paku tersebut. Dulu-dulu tukang rumah pakai tukul untuk memaku kayu, tapi sekarang sudah ada senapang paku dan tidak perlu tukul.

Cuba anda bayangkan jika senapang paku itu tertembak ke dalam mulut anda. Ngeri bukan? Kayu pun boleh tembus inikan pula mulut anda. Boleh membawa maut tu.

Percaya atau tidak, Victor secara tak sengaja telah tertembak senapang paku tersebut ke dalam mulutnya. Tak percaya, tengok gambar di bawah.


Nampak tak ada paku yang tertusuk di atas lelangit mulutnya. Tak nampak? Kita tengok pula dalam versi x-tray.


Nampak tak? Panjang betul paku tersebut. Menurut doktor yang merawatnya, paku itu hampir beberapa milimeter lagi hendak mengenai otak Victor. Jika tidak, huhu...

Victor bernasib baik kerana masih hidup dan tidak serik untuk bekerja dengan senapang pakunya itu.


1 comments:

Incredible Sulk said...
Thursday, 02 December, 2010

aduii..saketnye...nasib baik tak kena otak!c

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik