12.30.2010

Review Blog Yunus Badawi

Thursday, December 30, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Mula-mula kenal dengan blog Yunus Badawi atau YB ni, aku ingat dia adik beradik dengan mantan PM kita, Pak Lah sebab nama hujungnya sama. Rupanya bukan.

Aku ingat lagi, entri pertama yang aku baca kat blog YB ni bertajuk "Hai, nama saya Bob". Aku ingat betulah nama dia Bob, sekali... err..korang baca sendiri lah kalu nak tahu sapa Bob tu. hee..

Sejak dari membaca entri Bob tu, aku selalu berkunjung ke blognya. Entri di blog YB adalah bersahaja dan santai. YB menceritakan dengan terus terang dalam setiap entrinya. Setiap hari ada sahaja yang ditulis di blognya. Tentang kerja, tentang anak-anaknya, tentang masjid yang disinggahi, tentang pergi makan-makan dan jalan-jalan. Pengalaman harian yang dikongsi diblognya itu dapat menjadi pengalaman untuk mereka yang membacanya.

Terbaru, YB yang hensem lagi poket tebal tu (he he..) sedang mencari pengunjung ke 77,777 yang bertuah. Dah lama dah percarian tu, dan akhirnya malam ini YB telah berjumpa dengan pencari tersebut.

Dan inilah dia screenshot 77,777 itu






Sapa lagi yang dapat capture kalu bukan tuan blog yang publish ni kan.. hehe...

Disebabkan blog YB ni guna script sitemeter tuk keep track bilangan pelawat, maka aku percaya akan ada lebih dari seorang dapat capture bilangan 77,777 tersebut.

Contest pencarian 77,777 dah berakhir. Lepas ni mungkin YB akan buat lagi contest. Jadi, cepat-cepatlah jadik follower blog Yunus Badawi ni supaya anda tak terlepas contest-contest yang dianjurkan di blog YB dan juga tidak terlepas membaca entri-entri menarik di blognya itu .

Blog Yunus Badawi.


2 comments:

ibuintan said...
Friday, 31 December, 2010

tahniah.........

antara 3 yang bertuah

Yunus Badawi said...
Friday, 31 December, 2010

Awak mmg seorg blogger yg hebat. Tulisan awak bersahaja tetapi menarik. Banyak yg saya belajar dari blog ini terutama semasa saya baru berblog dulu.

Ikutilah keputusan peraduan saya itu esok.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik