12.04.2010

Pensyarah Implan Kamera Di Belakang Kepala Untuk Projek "The 3rd I"

Saturday, December 04, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Anda jangan terkejut jika berselisih dengan lelaki ini yang memiliki kamera di belakang kepalanya. Lelaki ini, Wafaa Bilal bukan manusia bionik atau robocop tetapi merupakan seorang pensyarah dari New York University dan dilahirkan di Iraq.

Wafaa Bilal sebenarnya sedang menjalankan projek seni bernama "The 3rd I". Di mana projek The 3rd I ini memerlukan dia meletakkan kamera di belakang kepalanya itu selama setahun. Dan setiap minit, kamera itu akan merakam apa yang berlaku di belakangnya. Tengah mandi ke, tengah buang air ke, tengah jalan-jalan ke, malah tengah buat "projek" pun, kamera tersebut akan merakam. Manakala gambar rakaman tersebut akan di sebarkan kepada umum dan juga turut di hantar ke Mathaf: Arab Museum of Modern Art.




Sejenis plat dari titanium diletakkan di belakang kepalanya. Plat titanium tersebut digunakan sebagai tapak untuk diletakkan kamera. Maknanya, kamera boleh ditanggalkan tetapi plat titanium itu akan kekal selama setahun. Semua ini dilakukan atas nama seni.

lagi gambar...







sumber : daily mail

2 comments:

Echam said...
Saturday, 04 December, 2010

Perghhhh.. mcm2 cara yg diorang buat yer..

AZANI said...
Sunday, 05 December, 2010

salam PB

unik...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik