12.09.2010

Mata Lebam Masih Boleh Jadi Model

Thursday, December 09, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:


Gambar mata lebam pada model 'pakcik' di atas adalah real sebenarnya. Dan model 'pakcik' di dalam poster tersebut adalah Bos Formula Satu (F1) iaitu Bernie Ecclestone.

Matanya yang lebam itu berpunca dari jam tangan Hublot itulah. Bukan kerena dia mengetuk jam itu pada matanya, tetapi dia telah dirompak oleh empat lelaki dan membelasahnya sebelum dalam melarikan jam Hublot tersebut yang bernilai RM992,559.

So, sebab itulah tajuk pada poster tersebut berbunyi 'See what people will do for a Hublot'.

Ecclestone menghubungi pihak pengurusan jenama jam tangan rasmi untuk F1, Hublot dan mencadangkan supaya gambar matanya yang lebam digunakan dalam poster iklan jam tangan itu.

"Saya menghubungi mereka dan mencadangkan ini (matanya yang lebam) sebagai peluang untuk melakukan sesuatu yang berbeza," katanya.

"Saya memahami terdapat orang yang mahu merompak saya kerana mereka miskin. Mereka mahu sesuatu untuk diberikan kepada anak mereka ekoran sambutan Krismas yang akan datang. Namun, apa yang mereka lakukan itu tidak wajar," tambahnya. - Kosmo


2 comments:

HEMY said...
Thursday, 09 December, 2010

berbaloi beb!!!nk dekat sejuta..tapi kalau la kan..kita curi, nk jual kat sapa yg leh beli harga camtu ek??

dem

tiada nama said...
Thursday, 09 December, 2010

msalahnye org akan mungkin akan bfikir berkali2 lah. kalau beli, nt kene rompak ntah2 lebih teruk dari pakcik nih. hah? how?

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik