12.27.2010

Kicap Pekat Ada Bangkai Cicak. Yark!

Monday, December 27, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,



Terkejut aku baca Kosmo pagi ni. Seorang surirumah mendapati ada bangkai cicak dalam kicap soya pekat yang digunakannya. Ketika itu surirumah tersebut sedang menyediakan nasi goreng. Paling meloyakan, kicap itu dah sebulan digunakan oleh mereka sekeluarga.

Bila tengok gambar, nasib baik bukan kicap yang selalu aku guna. Tapi kicap cap apa tu yer? Tak pernah nampak pulak.




KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam. - Kosmo


2 comments:

Shaqilla said...
Monday, 27 December, 2010

wekkkkk...!!!

geli tekak ni.. aiyooo.. x dpt breakfast la qila mcm ni.. huhu :p

masslina79 said...
Friday, 07 January, 2011

Pembaca sekelian,
Sila rujuk halaman berikut
klik sini
Untuk mendapat fakta kebenaran melalui ujikaji yang telah dijalankan. Fikirkanlah....

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik