12.14.2010

Beza Kicap Cap Kipas Udang Asli Dan Kicap Tiruan

Tuesday, December 14, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Semalam dalam Buletin Utama ada mendedahkan pembongkaran oleh sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tentang penjualan kicap Cap Kipas Udang tiruan.

Masa aku tengok berita tu, mak aiii banyak giler kicap kipas udang tiruan yang dirampas. Penuh satu lori 1 tan tu. Terkejut jugak sebab kitaorang memang suka kicap kipas udang ni. Tak sangka pula ada produk tiruan. Haih... macam-macam hal sekarang ni. Kicap pun nak ditiru jugak.

Bagi yang suka kicap cap kipas udang ni, boleh check kat dapur korang kut-kut terbeli kicap cap kipas udang tiruan pula.


Perbezaan kicap cap kipas udang tiruan adalah pada penutup botol plastik tu. Kalau yang tiruan (sebelah kiri) mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbeza dengan kicap cap kipas udang asli.

Selain daripada tu, tulisan tamat tempoh penggunaan. Kicap cap kipas udang asli, tulisan tamat tempoh penggunaan dicetak menggunakan laser, manakala yang tiruan dicetak dengan printer biasa jer.

Seb baik aku punyer kicap kat dapur ni ori.



sumber gambar : kosmo




2 comments:

ada mokhtar said...
Tuesday, 14 December, 2010

dah check. nasib baik yang kat dapur rumah i ori.... =)

Anonymous said...
Thursday, 16 December, 2010

kalu x de tutup plastik mcmane?
ade symptom2 lain?

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik