12.20.2010

Kemalangan Maut Bas Pelancong Thailand di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Monday, December 20, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Gambar menunjukkan keadaan bas pelancong selepas kemalangan maut di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai. Difahamkan seramai 27 penumpang dari Thailand dipercayai terbunuh dalam nahas tersebut. Insiden paling terburuk di akhir-akhir 2010 ini.

Dan seperti biasa, selepas ni akan keluarlah pendapat-pendapat dari orang bijak pandai tentang insiden sebegini. Hakikatnya, kemalangan maut begini terus berlaku.


IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik