12.04.2010

Jonathan Trappe Terbang Dengan Belon Macam Dalam Filem Up

Saturday, December 04, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Pernah tengok filem animasi Up? Di mana seorang warga tua menerbangkan rumahnya dengan beribu-ribu belon helium. Dalam filem animasi tersebut, mungkin ianya tidak akan berlaku dalam dunia nyata, tapi jika untuk menerbangkan seorang manusia, Jonathan Trappe membuktikan yang ianya boleh.



Difahamkan, belon helium yang digunakan bukan belon biasa yang terdapat di pasaran atau ketika majlis harijadi, tapi belon khas yang tahan lasak dan tidak mudah pecah pada tekanan tinggi.

Lagi gambar...





Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jonathan Trappe terbang ke udara hanya dengan menggunakan puluhan belon helium, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia yang berusia 37 tahun terbang pada ketinggian 5,486 meter.

Belon helium selalu menjadi permainan kanak-kanak dan menghiasi dewan pesta.

Trappe berlepas dengan duduk di bangku yang ditarik oleh belon helium itu dari Leon ke Colorado sejauh 160 kilometer pada awal bulan ini.

Lelaki itu melakukan penerbangan itu pada Festival Del Globo.

Trappe mengawal ketinggiannya dengan melepaskan udara pada belonnya dengan kadar kelajuan antara 28.79 kilometer hingga 80.47 kilometer sejam.

Ketika menyeberangi gurun dan gunung-ganang, Trappe melindungi dirinya dari ketinggian dan pancaran cahaya matahari dengan menggunakan bekalan oksigen dan memakai cermin mata hitam.

"Ini merupakan satu penerbangan belon yang benar-benar luar biasa.

"Saya amat teruja dengannya," katanya. - Agensi



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik