12.20.2010

Hati-Hati Dengan Pembeli Warga Arab

Monday, December 20, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:



SETIU – Dua lelaki dipercayai dari Arab berjaya melarikan RM1,200 dari sebuah kedai telefon bimbit di Bandar Permaisuri di sini kelmarin selepas berpura-pura mahu mendapatkan wang dengan nombor siri bermula huruf M.

Pemilik premis tersebut, Mariam Long @ Ismail, 25, berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.15 petang kelmarin ketika kedua-dua suspek datang ke kedainya dan bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membeli sekeping kad prabayar bernilai RM10.



Menurutnya, salah seorang lelaki berkenaan mengeluarkan wang tunai not RM100 untuk membayar harga kad itu.

“Sebaik pekerja saya memulangkan baki wang itu sebanyak RM90 iaitu sekeping not RM50 dan empat keping not RM10, lelaki itu minta tukar not RM50 yang nombor sirinya bermula dengan huruf M.

“Perkara itu menyebabkan pekerja saya terpaksa mencari dan mengambil lebih 30 keping wang RM50 yang lain di dalam laci di kedai untuk ditunjukkan kepada suspek bagi memudahkan suspek sendiri mencari siri huruf M pada wang tersebut,” ceritanya ketika ditemui di kedainya di sini semalam. - Kosmo



Walaupun dah banyak kali media mendedahkan taktik penipuan sebegini tapi masih ada lagi yang terkena. Semoga kita mendapat iktibar dari kejadian ini dan lebih berhati-hati selepas ini.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik