11.11.2010

White Lake Formula One Ring - Model Litar F1 Berskala 1/32

Thursday, November 11, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Litar F1 mainan di atas diberi nama White Lake Formula One Ring. Dengan skala 1/32 dan 145 kaki panjang, James-Michael Harlan mengambil masa hampir 3 tahun tuk menyiapkannya. Obses giler mamat ni!

Lagi gambar dan video White Lake Formula One Ring...












WHITE LAKE, Michigan - Seorang pereka ruang pameran dan peminat kereta, James-Michael Harlan di sini, Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa selama tiga tahun dengan mencipta litar permainan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) sepanjang 44.19 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 39 tahun dan masih bujang membelanjakan sebanyak AS$6,000 (RM18,546) serta 7,000 jam untuk membina litar tersebut.

Litar setinggi 0.76 meter itu mengandungi empat lorong, tempat duduk grandstand, laluan berhenti kereta F1 dan jambatan.

"Saya mengendalikan perlumbaan malam dengan melibatkan kira-kira 30 orang," katanya yang menganggap ciptaannya itu sebagai luar biasa.

"Ia (mencipta litar itu) merupakan satu keseronokan dan saya akan menggunakannya dengan penuh kegembiraan selama beberapa tahun akan datang," tambahnya. - Agensi


sumber : daily mail

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik