11.04.2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Galas & Parlimen Batu Sapi

Thursday, November 04, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Dun Galas

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi.

BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi sakaligus mengecewakan lawannya daripada PAS, Dr Zulkefli Mohamed yangmemperolehi sebanyak 4,134 undi.

Undi rosak sebanyak 132.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Galas,Wan Mustaffa Wan Abdul Hamid kira-kira pukul 8.55 malam Khamis di pusat penjumlahan undi di Dewan Pusat Sivik di sini.


Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan memperoleh 9,773 undi.

Calon BN yang diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin berjaya menewaskan dua calon lain.

Calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah mengekori dengan mendapat 3,414 undi sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee sekadar memperoleh 2,031 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 8.40 malam tadi.






7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.




Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi

Keputusan tidak rasmi

6.47pm

Linda Tsen (BN-PBS) - 3,226
Yong Teck Lee (SAPP) - 814
Ansari Abdullah (PKR) - 1,269
Undi rosak votes - 420
Majoriti -1,957

(Jumlah keluar mengundi:15,774)



Selamat mengundi kepada semua pengundi di DUN Galas, Gua Musang dan Parlimen Batu Sapi, Sandakan yang bermula hari ini jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pengiraan undi pilihanraya DUN Galas akan bermula sekitar 6 petang. Keputusan penuh pilihanraya DUN Galas bakal diketahui sekitar jam 9 malam.

Kepada pengundi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, jangan lupa bawa kad pengenalan yer.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik