11.12.2010

Kapal Terbang Kertas Lengkap Kamera & GPS Berharga RM39,885

Friday, November 12, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Percaya atau tidak, kapal terbang dalam gambar di atas dibuat dari penyedut minuman (straw) sebagai rangka dan dibalut dengan kertas, serta dilengkapi dengan kamera kecil ini berharga £8,000 atau RM39,885!

Kamera kecil yang terdapat pada kapal terbang kertas tersebut digunakan untuk merakam bumi dari ketinggian 27.4 kilometer di udara. Ia juga yang dilengkapi dengan sistem Perkhidmatan Paket Radio Umum (GPRS) untuk mengesan kedudukan kapal terbang kertas tersebut.

Kapal terbang kertas ini dicipta oleh sekumpulan peminat sains angkasa lepas di Britain iaitu Steve Daniels, John Oates dan Lester Haines.

Lagi gambar kapal terbang kertas..






Kapal terbang kertas tersebut diterbangkan dengan menggunakan belon yang diisi dengan gas helium.



Apabila sampai pada altitud 27.4 kilometer, belon helium itu akan meletup dan kapal terbang kertas tersebut akan terbang turun ke bumi.

Ini pula gambar yang dirakam dari kamera kecil pada kapal terbang kertas tersebut.

Kapal terbang tersebut mendarat kira-kira 160 kilometer dari lokasi pelancaran selepas dikesan dengan menggunakan perkhidmatan GPRS.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik