11.04.2010

Diskaun Tol Lebuh Raya DUKE, SMART Sempena Deepavali

Thursday, November 04, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,



KUALA LUMPUR 4 Nov. - Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (Kesturi), memberi diskaun 10 peratus kepada semua yang menggunakan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bagi tempoh 24 jam bermula pukul 12.01 malam ini sempena sambutan Deepavali esok.

Pengurus Besar DUKE, Ong Chee Keong dalam satu kenyataan hari ini berkata, kadar diskaun itu dapat dinikmati oleh semua kelas kenderaan.

Sementara itu, pengguna Lebuh Raya SMART pula akan menikmati diskaun sebanyak 20 sen juga bagi tempoh 24 jam bermula tengah malam ini.

Pengurus Besar Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART), Mohd. Fuad Kamal Ariffin dalam satu kenyataan berkata, diskaun itu adalah untuk semua kelas kenderaan.

Dengan diskaun itu, pengguna hanya perlu membayar RM1.80 berbanding RM2 sepanjang tempoh tersebut, katanya. - Bernama


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik