10.02.2010

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke Hospital

Saturday, October 02, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

kredit gambar : berita1.com

Terkejut baca berita di Utusan Online terkini. Tun Dr Mahathir dimasukkan ke hospital untuk rawatan batuk dan selsema.

Semoga Tun Dr Mahathir cepat sembuh.


Dr. Mahathir dimasukkan ke hospital di Melbourne
02/10/2010 2:33pm

MELBOURNE 2 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir

Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi bagi rawatan batuk dan selesema.

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pegawai khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr. Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan). - Bernama


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik