10.13.2010

Proton Inspira - Harga, Brochure, Exterior & Interior

Wednesday, October 13, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: , ,

Sah! Proton Waja Lancer atau Proton Waja Baru 2010 dari Proton diberi nama Proton Inspira! Tercetak nama Proton Inspira pada brochure Proton Inspira yang sudah mula tersebar di internet. Kelab Proton Inspira juga sudah ditubuhkan dan forumnya juga sudah siap sedia online! Hebat.

Difahamkan harga proton Inspira jika dilihat dalam brochure Proton Inspira adalah bermula dari RM79,xxx.



Ini pula gambar interior proton Inspira iaitu gambar dashboard proton inspira.


Dan berikut gambar- gambar proton Inspira dalam 3 jenis warna iaitu putih,merah dan hitam.





Difahamkan, tempahan untuk proton inspira sudah dibuka.


kad kahwin
Kad Kahwin


sumber gambar di ambil dari kelab proton inspira - http://www.inspiraclub.com (terima kasih kenyit )


Model ganti Proton Waja


GAMBAR yang dikeluarkan oleh Proton Berhad menunjukkan separuh badan bahagian depan dan belakang model terbaru Proton yang boleh mula ditempah di semua rangkaian Proton Edar, mulai esok.


SHAH ALAM 12 Okt. - Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.

Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.

Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri. - Utusan Malaysia

1 comments:

red ONe said...
Wednesday, 13 October, 2010

bole tahan harga dia..

artikel terbaru:
Hidden emoticon : Yahoo Messenger

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik