10.01.2010

Karan Singh,kanak-kanak paling tinggi di dunia

Friday, October 01, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:

Jika melihat pada gambar di atas, tentu ramai yang menyangka kanak-kanak yang paling tinggi itu berumur 10 tahun. Tapi hakikatnya, kanak-kanak lelaki bernama Karan Singh itu baru berumur 2 tahun 6 bulan. Dan semua kanak-kanak dalam gambar di atas adalah sebaya dengan Karan Singh.

Karan Sigh dari Meerut, India mempunyai ketinggian 1.34 meter (dan semakin bertambah) dan mungkin kanak-kanak paling tinggi di dunia. Ibunya pula, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter dan mewakili skuad bola keranjang India dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi Hmm..patutlah....

Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi.

"Apabila dia melihat ada orang sedang makan, dia akan meminta makanan. Dia tidak akan berhenti makan jika saya tidak memaksanya supaya berhenti," kata ibunya.

Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.

Ibunya menjelaskan, pada mulanya guru-guru di tadika enggan membenarkan anaknya belajar tetapi mengubah fikiran selepas mereka melihat surat beranaknya.

Lagi gambar Karan Singh bersama kawan-kawannya..



Karan Singh bersama kanak-kanak berumur 5 tahun.



Karan Singh bersama kanak-kanak berumur 7 & 12 tahun.


Inilah Goliath Svetlana Singh (tengah), ibu kepada Karan Singh



sumber : daily mail

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik