10.21.2010

Ikan Piranha Gergasi Dalam Siri River Monsters

Thursday, October 21, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:


Hari tu layan River Monsters kat Astro, ada tunjuk yang Jeremy Wade (hos River Monsters merangkap pemancing,penangkap ikan pro) berjaya tangkap ikan piranha gergasi. Memang besar giler ikan tu. Dan juga menakutkan dengan gigi-gigi dia yang tajam.

Yang bestnya, banyak kali juga dia cuba tangkap ikan tu tapi asyik terlepas, last sekali Jeremy Wade pergi jumpa bomoh afrika kat kampung tu. Lepas tu terus dapat tangkap. haha..

Laporan dari kosmo..
LONDON - Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.

Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.

Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.

"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya. - Agensi


Lagi gambar ikan piranha gergasi tersebut...






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik