10.06.2010

Awas Taktik Baru Gores & Menang

Wednesday, October 06, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Laporan kosmo hari ni, sindiket gores & menang telah menukar taktik baru iaitu imbas & menang. Kepada pengguna di luar sana, sentiasalah peka dengan taktik sindiket penipuan ini. Jangan mudah terpengaruh. Hakikatnya masih ramai yang terkena.


Gores dan menang taktik baru


CHE Halim (duduk tengah) menunjukkan risalah kertas gores dan imbas pada sidang akhbar di pejabatnya di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sindiket gores dan menang di bandar raya ini semakin licik dengan menggunakan taktik baru iaitu kaedah imbas dan menang untuk memperdayakan mangsa.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri Johor, Che Halim Abd. Rahman berkata, sindiket tersebut turut menjadikan warga Singapura sebagai mangsanya.

"Sindiket ini menggunakan taktik terbaru, namun modus operandi hampir sama dengan gores dan menang.

"Mangsa biasanya terpedaya apabila pekerja terbabit menunjukkan hadiah utama berupa kereta mewah dan gambar-gambar pemenang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik