9.02.2010

Tol Percuma Lebuhraya KL-Karak & LPT

Thursday, September 02, 2010 by MR Penyubiru ·
Labels:


Berita baik untuk pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. Seperti tahun lepas, tahun ini pihak pengurusan MTD telah berbesar hati untuk memberi pengecualian tol atau dalam bahasa mudahnya tol percuma untuk semua jenis kenderaan.

Tol percuma tersebut bermula dari pukul 9 malam (7 September 2010) hingga pukul 6 pagi (8 September 2010) dan mulai pukul 9 malam (15 September 2010) hingga pukul 6 pagi (16 September 2010).

Tahun lepas aku pernah merebut peluang ini masa balik beraya di Kuala Terengganu. Masa tu tol percuma bermula dari pukul 12 malam. Boleh baca pengalaman aku di sini. Berdasarkan pengalaman, untuk mengelakkan kesesakan terus anda bergerak awal sebelum pukul 9 malam dan tunggu di stesen minyak sebelum tol karak. Nanti bila dah kul 9 malam, terus bergerak menuju ke tol.






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik